Sambutan Hari Raya sepatutnya menjadi saat yang penuh keceriaan, namun siapa sangka kegembiraan boleh bertukar menjadi mimpi ngeri akibat kecuaian yang tidak dijangka? Begitulah yang berlaku dalam kisah yang dikongsikan ini apabila ada budak main mercun dalam rumah orang!
Kisah ini dikongsikan dalam aplikasi Threads oleh @eeeznur_ apabila rumah makciknya menjadi kecoh kerana ada mercun meletup di dalam rumah gara-gara telatah kanak-kanak yang tidak dikawal!
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
BUDAK MAIN MERCUN DALAM RUMAH, SOFA BARU BELI TERBAKAR!

Menurut cerita yang diluahkan, pada hari pertama Syawal di rumah makcik wanita ini, sebuah mercun meletup di dalam rumah, menyebabkan sofa baharu bernilai RM4,000 terbakar. Insiden ini bukan sahaja mencetuskan kekecohan, malah menimbulkan persoalan tentang keselamatan serta tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak mereka ketika bermain mercun.
“Hari pertama Hari Raya sepatutnya menjadi hari penuh kegembiraan dan kemesraan keluarga. Namun, suasana di rumah makcik saya bertukar kecoh apabila sebuah mercun meletup di dalam rumah, menyebabkan sofa baru bernilai RM4,000 terbakar,” tulisnya.
Kejadian ini berlaku secara tiba-tiba, dan sehingga kini, masih tidak pasti sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak. Apa yang lebih mengecewakan, budak yang bermain mercun tersebut terus melarikan diri sebaik insiden berlaku. Tidak ada sebarang penjelasan atau rasa tanggungjawab dari pihaknya.
Lebih membimbangkan, mercun itu meletup dalam ruang tertutup dan bayangkan risiko kepada ahli keluarga yang berada di dalam rumah ketika itu! Mujurlah tiada kecederaan serius, tetapi kerugiannya tetap besar.
Diharapkan ibu bapa budak tersebut dapat bertanggungjawab dan menggantikan sofa yang rosak. Mercun bukan mainan, lebih-lebih lagi jika dimainkan dalam rumah. Kejadian ini sepatutnya menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati dan mengawasi anak-anak ketika musim perayaan ya!
Baca lagi: Tular Kembar 5 Bagaikan ‘Boys Over Flower’, Terpukau Sebab Kecil-Kecil Dah Kacak!
Sumber: Threads @eeeznur_
