Euforia Bola 2026
Asuh

Budak 6 Tahun Main Sendirian Masukkan Guli Dalam Miss V, Doktor Sahkan Selaput Dara Terkoyak!

main guli

Kanak-kanak terutamanya berusia bawah 7 tahun sering kali menunjukkan tingkah laku di luar jangkaan apabila tidak diawasi dengan baik. Begitulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun apabila ketika main guli, berlaku insiden tidak dijangka!

Bila baca mengenai insiden ini pasti akan membuatkan si ibu rasa ngilu dan risau dengan aktiviti bermain anak perempuan.

Baca penuh: Budak 2 Tahun Ditemui Di Sisi Ibu Tak Bernyawa Dalam Rumah, Bertahan Hidup Makan Jeli & Snek Berselerak

Main Guli Ketika Mandi, Objek Termasuk Ke Dalam Miss V

main guli

Menurut perkongsian Dr. Dafnil Putra di Instagram, kanak-kanak tersebut dipercayai bermain guli sewaktu mandi bersendirian. Malangnya, dia memasukkan sebutir guli ke dalam vaginanya sendiri hingga objek itu tersekat dan tidak dapat dikeluarkan kerana sudah bergerak ke bahagian lebih dalam.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan robekan pada selaput dara kerana saiz guli tersebut dikira besar juga. Ini sekali gus memerlukan prosedur pembedahan Hymenoplasty bagi memulihkan semula keadaan.

Perkongsian ini sudah semestinya menimbulkan rasa ‘ngilu’ dalam kalangan wanita dan syukur, proses pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi serius terhadap bahagian sulit kanak-kanak berkenaan.

Selain merawat, pihak doktor turut mengeluarkan surat pengesahan berhubung pembedahan tersebut untuk kegunaan rujukan pada masa hadapan. Dr. Dafnil menegaskan bahawa setiap ibu bapa pasti berusaha mengawasi anak mereka, namun dalam keadaan tertentu, kejadian tidak diingini tetap boleh berlaku.

main guli

*Hati-hati dalam pemilihan mainan kanak-kanak ya mak ayah semua. Risau ada kes yang tertelan guli pula!

Baca juga: Bayi 1 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Serangan Seksual Lepas Balik Rumah Pengasuh, Lubang Alat Sulit Tak Normal!

Sumber: IG @dafnilputra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×