Euforia Bola 2026
Famili

Budak Lelaki Diserang Anjing ‘Bertuan’ Ketika Bermain, Luka Parah & Berlumuran Darah Di Kepala!

diserang anjing

Sebuah video yang tular di media sosial mengejutkan orang ramai apabila memaparkan insiden tragis melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang diserang anjing di Taman Megah, Cheras.

Dalam rakaman berdurasi kurang satu minit itu memaparkan kanak-kanak yang memakai jersi berwarna hitam dilihat cuba melawan dan melarikan diri daripada serangan anjing tersebut namun usahanya gagal.

Baca juga: Pengantin India Pilih Adat Perkahwinan Melayu Untuk Resepsi, Hasrat Ibu Akhirnya Tercapai & Viral!

BUDAK LELAKI DISERANG ANJING, CEDERA DI BAHAGIAN KEPALA

DISERANG ANJING

Apa yang lebih menyayat hati, kepala mangsa dilihat berlumuran darah akibat gigitan tersebut, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat dan netizen yang menonton rakaman itu.

Beberapa saat selepas diserang bertubi-tubi, anjing berkenaan akhirnya melepaskan gigitan. Kanak-kanak tersebut yang berlumuran darah segera melarikan diri sambil menangis, jelas trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Gambar mangsa dalam keadaan berlumuran darah turut tersebar di media sosial, memaparkan kecederaan serius termasuk beberapa koyakan pada kulit kepala akibat serangan tersebut.

Anjing itu dipercayai mempunyai tuan kerana terdapat rantai di lehernya, namun ketika kejadian, haiwan itu didapati berkeliaran tanpa pengawasan. Setakat ini, identiti pemilik anjing masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof ketika dihubungi, berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung insiden itu setakat ini namun akan membuat semakan lanjut.

Difahamkan anjing terbabit sudah berjaya ditangkap dan keadaan terkini kanak-kanak yang cedera akibat serangan itu masih dalam pemantauan rapi di hospital.

DISERANG ANJING

Baca juga: “Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia”- Ibu Kongsi Pemergian Anak, Jatuh Baby Bouncer Ketika Di Dapur

Sumber: Facebook & Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×