Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

BUANG SAMPAH

Para suami dan isteri di luar sana dinasihatkan agar buang sampah dan sisa makanan terutamanya tulang sebelum tidur. Perkara ini masih ramai lagi yang mengambil ringan dan membiarkannya berhari-hari di dalam rumah.

Orang tua-tua juga sering memesan agar jangan biarkan pinggan mangkuk dan periuk kotor tidak dibasuh sebelum tidur. Hal ini kerana ia boleh ‘menjemput’ jin ke dalam rumah.

Baca juga: Perbuatan Minta Sedekah & Mengemis Tanpa Keperluan Adalah Dilarang Dalam Islam

BUANG SAMPAH & SISA MAKANAN SEBELUM TIDUR

BUANG SAMPAH

Menerusi perkongsian ceramah Ustaz Kazim Elias, beliau menjelaskan sekiranya anda tidak buang sampah dan sisa makanan dibiarkan begitu, jin akan datang menjilatnya.

Sekiranya anda tinggal pangsapuri atau kawasan rumah yang susah untuk buang sampah, seelok-eloknya ikat betul-betul sampah tersebut dan tutup.

Selain itu, para isteri juga dinasihatkan agar membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga sebelum tidur. Jangan biarkan barangan tersebut di sinki sehingga berhari-hari tanpa membasuhnya.

Baki makanan pada pinggan mangkuk itu mudah menjemput ‘dia’. Disebabkan hal ini, orang tua-tua dahulu sering pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.

Antara kerja dapur sering diambil ringan adalah membasuh pinggan dan buang sampah. Masih ramai lagi dalam kalangan kita suka menangguh-nangguhkan kerja.

Ada yang suka biar berlonggok dan kumpul pinggan mangkuk banyak dalam sinki. Tunggu ‘mood datang’ baru rajin nak mencuci.

Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.

Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas k0tor dibasuh. Buang sampah dan sisa makanan serta jangan jadi kawasan dapur anda ‘tempat syaitan.’

Menurut pandangan Islam:

“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

*Menjaga kebersihan adalah separuh daripada iman. Jadi, jangan malas-malas untuk buang sampah dan sisa makanan ya!

Baca juga: Suami Suruh Besarkan Payudara Sebab Leper? Tapi Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

Sumber: Facebook Ilham Dekorasi & Ustaz Kazim Elias

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×