Euforia Bola 2026
40 Minggu

Susu Ibu Lebih Lazat & Berkrim Bila Si Manja Minum, Rupanya Sebab Makan 6 Buah Ini!

susu badan

Salah satu kunci untuk memastikan susu badan ibu berkualiti adalah dengan mengambil pemakanan yang sihat dan penuh khasiat.

Buah-buahan merupakan pilihan yang sangat tepat kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting yang bukan sahaja menyokong pengeluaran susu malah turut memenuhi keperluan nutrisi si kecil yang masih menyusu.

Baca juga: Minum Air Selusuh Boleh Jadi Punca Kematian & Bayi Lemas, Kena Lebih Hati-Hati Bila Nak Beli

BUAH UNTUK SUSU BADAN LEBIH SEDAP, BARU SI MANJA SUKA

SUSU BADAN

Freepik

Menariknya, terdapat beberapa jenis buah yang dipercayai boleh mempengaruhi rasa susu ibu, menjadikannya lebih enak dan segar.

1. Kurma

Kurma adalah salah satu buah yang sering disarankan kepada ibu menyusu kerana mengandungi pelbaga seperti tinggi zat besi, magnesium, dan kalsium.

Selain itu, kurma juga mengandungi gula semula jadi yang mampu memberikan tenaga kepada ibu yang kerap rasa letih kerana kurang tidur.

2. Buah untuk susu badan – Betik

Buah untuk susu badan yang mampu menambah rasa sedap adalah betik kerana kaya dengan vitamin C, A, dan enzim papain. Bagi ibu menyusu, betik adalah pilihan yang sangat baik kerana ia membantu dalam penghasilan susu yang lebih banyak dan berkualiti.

3. Pisang

Buah untuk susu badan lebih sedap dan lazat seterusnya adalah pisang yang kaya dengan potasium. Pisang juga dikatakan mampu membantu menjadikan susu ibu lebih berkrim dan lazat.

4. Avokado

Buah untuk susu badan ibu lebih sedap yang seterusnya adalah avokado. erkenal sebagai buah berlemak sihat, kaya dengan lemak tak tepu, folat dan vitamin E. Avokado mampu membantu ibu kenyang lebih lama dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

5. Tembikai

Tembikai mengandungi air yang tinggi di mana sangat penting untuk memastikan tubuh ibu sentiasa kekal hidrat sepanjang tempoh penyusuan.

6. Buah beri

Buah beri seperti strawberi, blueberi dan raspberi kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Ia membantu melindungi sel-sel tubuh ibu dan menyokong imun bayi melalui susu.

Selain itu, beri juga membantu memberi rasa manis dan aroma segar pada susu badan. Ia sesuai dimakan segar atau dicampur dalam yogurt dan minuman.

Kesimpulannya, buah-buahan adalah komponen penting dalam diet harian ibu menyusu. Bukan sahaja mampu menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ibu, malah ia juga mempengaruhi kualiti, rasa, dan kepekatan susu badan.

Pengambilan buah secara konsisten setiap hari adalah pelaburan kesihatan jangka panjang bagi ibu dan anak. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 2 Punca Kakak Wanita Ini Meninggal Ketika Mengandung, Wanita Usia 30 Ke Atas Kena Baca!

Sumber: Harian9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×