Euforia Bola 2026
Inspirasi

Kenali Mastermind Misi GSF Remaja Ada Sindrom Asperger, Greta Thunberg Cetus Kebangkitan Dunia

aktivis Greta Thunberg

Ekoran penglibatan aktivis Greta Thunberg dalam misi Sumud Flotilla, beliau terus menjadi perhatian dunia yang sememangnya sudah terkenal sebagai suara lantang dalam isu alam sekitar, dan kini pula dalam misi perjuangan kemanusiaan yang penuh risiko.

Mari kita kenali beliau dengan lebih dekat dan perjalanan inspiratifnya.

Baca juga: Non-Muslim Malaysia Pengetahuan Luas & Fasih Jelaskan Islam Kepada Pelancong US, Sampai Terharu Netizen!

BIODATA & PERJUANGAN AKTIVIS GRETA THUNBERG

aktivis Greta Thunberg

Instagram: yaseminacr_

Dilahirkan pada 3 Januari 2003 di Stockholm, Sweden, Greta mula menunjukkan minat mendalam terhadap perubahan iklim sejak usia lapan tahun.

Pada usia 15 tahun, beliau menggegarkan dunia apabila duduk bersendirian di hadapan Parlimen Sweden memegang papan tanda bertulis “School Strike for Climate”, menandakan permulaan gerakan Fridays for Future yang memberi inspirasi kepada jutaan pelajar global.

Melalui perkongsian pelbagai sumber, diketahui bahawa Greta menghidap Asperger’s Syndrome, sejenis autisme yang membuatkan beliau sangat fokus, jujur dan sukar berpura-pura. Bagi Greta, autismenya bukan kekurangan tetapi satu kuasa luar biasa. “Being different is a superpower,” katanya.

Keupayaan hyperfocus ini membolehkannya memberi tumpuan penuh terhadap isu yang penting, termasuk krisis iklim dan keadilan global, tanpa terganggu oleh tekanan sosial atau pandangan orang lain.

Greta bukan sahaja menekankan isu alam sekitar, malah turut memperjuangkan hak asasi manusia.

Perjuangan Greta sepanjang menyertai GSF & salah seorang ‘mastermind’ misi!

Pada Mei 2025, beliau menyertai misi kemanusiaan ke Gaza menaiki kapal Medleen bersama 11 aktivis lain. Kapal itu dipintas tentera Israel sebelum memasuki perairan Gaza dan Greta ditahan sementara di Pelabuhan Ashdod sebelum dihantar pulang.

Namun, semangatnya tidak luntur.

aktivis Greta Thunberg

Instagram: gretathunberg

Pada Ogos 2025, beliau kembali menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), yang melibatkan lebih 50 kapal dari 44 negara termasuk 23 aktivis dari Malaysia, membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan harapan kepada rakyat Gaza.

Greta memainkan peranan strategik dalam misi GSF. Melalui perkongsian media sosial dan perancangan teliti, beliau memastikan kisah misi ini mendapat liputan global, memaksimumkan kesedaran dunia terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Beliau dilaporkan sebagai sebahagian daripada kepimpinan misi pada peringkat awal, namun terdapat laporan bahawa Thuberg ‘diturunkan’ daripada peranan kepimpinan jawatankuasa semasa flotila berjalan.

Walaupun tidak lagi berada dalam jawatankuasa kepimpinan semasa flotilla, beliau terus menyumbang sebagai aktivis dan simbol solidariti.

Melalui perkongsian laporan The Guardian dan sumber lain, didedahkan bahawa Greta menghadapi pelbagai cabaran ketika ditahan.

Antaranya ialah berada di dalam sel yang penuh kutu katil, kekurangan makanan, dehidrasi, ruam kulit akibat gigitan serangga, malah dipaksa memegang bendera musuh sebagai bentuk penghinaan simbolik.

Namun, beliau kekal teguh, membuktikan bahawa keberanian dan prinsip tidak boleh dipatahkan.

Dari seorang gadis remaja yang berdiri bersendirian di Sweden, Greta Thunberg kini menjadi ikon global bukan sahaja dalam aktivisme alam sekitar tetapi juga dalam perjuangan kemanusiaan. Kejujuran, keberanian dan ketegasan beliau membuktikan bahawa usia, jantina, mahupun kekangan neurologi bukan penghalang untuk mengubah dunia.

Sementara itu, Greta Thunberg antara aktivis flotilla Gaza yang akan dibebaskan hari ini selepas ditahan ketika menaiki flotilla bantuan Gaza yang dipintas tentera negara itu.

@joefitree4

Greta Thunberg an ASPERGER’S Siapa sangka mastermind di sebalik Global Sumud Flotilla ini hanyalah seorang gadis muda berusia 22 tahun dari Sweden… Greta Thunberg. Beliau istimewa, seorang Asperger’s… namun daripada “kekurangan” itulah lahir satu kekuatan yang luar biasa fokus, tekad, dan keberanian yang mampu menggegarkan dunia. Allahuakhbar! Dengan otak bergeliga, Greta menyusun strategi yang begitu rapi dan berlapis-lapis. Pertama, beliau menghantar para influencer, pempengaruh dan unit media dari seluruh dunia supaya kisah ini mendapat liputan besar-besaran, supaya seluruh dunia tahu, dan supaya kita yang di darat juga bangkit untuk bertindak. Itu sebabnya kita lihat live update, info semasa, hingga akhirnya mereka terpaksa membuang telefon ke laut semalam. Kemudian barulah armada utama dihantar kapal-kapal dengan doktor, pelayar, dan pasukan profesional kemanusiaan. Mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang bantuan pertama apabila tiba di bumi G4Z4. Inilah bukti bahawa perjuangan tidak mengenal usia, tidak mengenal bangsa, malah tidak mengenal batasan diri. Bila hati ikhlas dan jiwa kental, Allah sendiri yang menggerakkan jalan. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian di lautan. Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel. #freepalestine🇵🇸❤️ #SumudGlobalFlotilla #SumudForGaza #SumudNusantara

♬ We Are Here for Palestine – Rimbiana

Baca juga: UiTM Chamber Choir Raih 2 Emas & Peroleh Gelaran Tertinggi Eksklusif Di Pertandingan Antarabangsa!

Sumber: Public Health Malaysia / Harian Metro / Sinar Plus

FT Image:  UN FCCC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×