Euforia Bola 2026
Sihat

Anak Ditegur Guru & Rakan Sebab Bibir Hitam Disangka Merok*k, Rupanya Usus Rosak Akibat Makanan Gluten!

makanan gluten

Tabiat pemakanan kanak-kanak atau remaja yang terlalu bergantung kepada makanan gluten tinggi, gula dan produk tenusu kini semakin merisaukan ramai ibu bapa.

Bukan sekadar menjejaskan tumbesaran, malah ia berpotensi merosakkan fungsi usus dan mencetuskan pelbagai masalah kesihatan yang salah satunya menyebabkan bibir hitam seperti merokok. Perkara ini dikongsikan oleh seorang ibu, Nurul Aini Mohd Noor, menerusi satu perkongsian jujur di Facebook berdasarkan pengalaman membesarkan anaknya sendiri.

Baca juga: Doa Untuk Perut Kempis, Hati Tenang & Gula Tak ‘Mencanak’, Amalkan Setiap Hari InsyaAllah Menjadi!

“AWAK NI MEROKOK KE?”- Bibir Anak Gelap, Ibu Luah Anak Obses Makanan Gluten Tinggi/Gandum

makanan gluten

Menurut Nurul, naluri seorang ibu lazimnya mahu memenuhi setiap kehendak anak. Apa sahaja yang diminta, selagi mampu, akan ditunaikan demi melihat anak gembira dan kenyang. Namun tanpa ilmu pemakanan yang betul, keputusan yang dibuat dengan niat baik itu akhirnya membawa kesan yang tidak dijangka.

Anak lelakinya, Abid, kini menjadi seorang picky eater dan terlalu memilih makanan. Remaja Tingkatan Satu itu sangat menggemari makanan berasaskan tepung gandum seperti roti, roti canai dan mi segera, sementara makanan lain sering ditolak.

Tanpa sedar, Nurul mengakui dia sekadar menuruti kemahuan anak sehinggalah satu peristiwa pada tahun lalu benar-benar membuka matanya. Menurutnya, ketika menghadiri sesi temu duga kemasukan ke sekolah menengah Tingkatan Satu, Abid berulang kali diajukan soalan sama oleh penemuduga.

“Tahun lepas, semasa Abid menghadiri temu duga kemasukan sekolah menengah Tingkatan Satu, hampir setiap orang akan bertanya, ‘awak ni merokok ke?’,” kongsi Nurul.

Lebih mengejutkan, soalan itu bukan sahaja datang daripada penemuduga, malah rakan sebaya, pelajar senior dan juga guru-guru.

Pada mulanya, Nurul dan suami menyangka perubahan warna bibir Abid yang kehitaman berpunca daripada tabiat menggigit bibir. Namun tekanan emosi yang dialami anak mereka akibat tanggapan negatif orang sekeliling membuatkan mereka mula memandang serius keadaan tersebut.

Pemeriksaan pakar bongkar punca sebenar

makanan gluten

Buntu mencari jawapan, pasangan itu akhirnya mendapatkan pandangan pakar, apatah lagi Abid turut mengalami kegatalan teruk di bahagian siku. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati Abid mengalami keradangan di seluruh badan, yang berpunca daripada pengambilan makanan bergluten, tinggi gula serta makanan diproses secara berlebihan.

Menurut Nurul, tabiat pemakanan tersebut telah menjejaskan fungsi usus anaknya dengan serius, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan luaran seperti kulit dan bibir.

Selepas beberapa bulan menjalani rawatan dan perubahan pemakanan, perkembangan positif mula kelihatan. Kesan hitam di bibir Abid semakin pudar, manakala kulit di bahagian sikunya kembali sihat seperti sediakala.

“Kasihan anak-anak saya waktu saya tiada ilmu pemakanan sihat dulu. Semuanya sebab nak cepat, nak senang dan nak murah,” luah Nurul.

Mengakui perubahan gaya hidup bukan sesuatu yang mudah, Nurul menyifatkan proses meninggalkan roti, kek, pastri dan biskut kegemaran sebagai satu jihad melawan nafsu.

“Jihad nak berhenti makan makanan sedap yang mengandungi gluten, sedangkan ia membawa mudarat kepada kesihatan kami,” katanya.

Menurutnya, ada masa mereka kuat dan ada ketika tewas. Namun usaha untuk terus memperbaiki pemakanan dan gaya hidup tidak pernah terhenti. Kisah ini menjadi peringatan buat ibu bapa bahawa pilihan makanan harian anak-anak hari ini mampu memberi kesan besar kepada kesihatan mereka pada masa hadapan.

Baca juga: 10 Jenis Sayur & Buah ‘Berangin’ Kena Elak Makan Ketika Musim Hujan, Nombor 7 Paling Ramai Suka!

Sumber: Nurul Aini Mohd Noor via Ketuk Ketuk Ramadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×