Euforia Bola 2026
Cantik

Cantik Asli Atau Suntikan? Kenali Ciri Wajah Semula Jadi vs Hasil Prosedur Kosmetik!

kecantikan semula jadi

Dalam era media sosial yang dipenuhi wajah-wajah sempurna, sukar untuk membezakan antara kecantikan semula jadi dan hasil prosedur kosmetik.

Kulit wajah licin tanpa cela, hidung mancung, bibir penuh dan dagu runcing sering dipamerkan sebagai ‘hasil produk’, namun benarkah semuanya asli?

Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!

KECANTIKAN SEMULA JADI DAN PROSEDUR KOSMETIK

kecantikan semula jadi

Gambar hiasan penjagaan kulit

Justeru itu, Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan, pengguna berhak tahu perbezaan antara kecantikan semula jadi dan perubahan yang dilakukan melalui prosedur estetik.

Kecantikan adalah hak individu, tetapi kejujuran terhadap pengguna juga satu keutamaan.

Baca juga: Jangan Malas Buat 3+ Rutin Jaga Wajah Sebelum Tidur Malam, Baru Sihat Kulitnya!

“Cantik itu pilihan. Tapi pengguna berhak tahu yang mana wajah asli, yang mana hasil prosedur kosmetik.

“Hari ini ramai mempromosikan wajah sempurna di media sosial, kulit tegang, bibir penuh, hidung mancung, dagu runcing dan mendakwa semuanya hasil produk kecantikan.

“Tapi pengguna berhak tahu, ada beza antara hasil penjagaan kulit dan hasil prosedur kosmetik,” tulis PHM dengan jelas.

Ciri wajah semula jadi:

  • Garisan halus tetap ada bila bercakap atau ketawa, di tepi mata, dahi dan tepi mulut
  • Simetri wajah tak terlalu ekstrem
  • Tekstur kulit lebih realistik ada liang, bukan seperti porcelin
  • Ekspresi wajah nampak berubah dengan emosi, ada sedih, gembira.

Baca juga: Kenali 10 Ciri WANITA MATANG, Paling Penting Tak Ada Perangai Kuat ‘Bitter’!

Ciri wajah prosedur kosmetik

Melalui perkongsian PHM, terdapat cara untuk mengesan wajah yang telah menjalani prosedur kosmetik. Antaranya adalah:

kecantikan semula jadi

Gambar hiasan prosedur kosmetik.

  • Bila bercakap atau marah, dahi tetap ‘tenang’ tanpa garisan
  • Kening terlalu terangkat atau bentuk pelik
  • Pipi terlalu bulat atau terangkat tinggi
  • Hidung jadi sangat tajam, tinggi di bahagian batang
  • Bibir atas jadi terlalu tebal, kadang ‘terangkat’ hingga menutup gigi
  • Dagu terlalu panjang, bulat dan tajam

“Gunakan hak anda sebagai pengguna untuk menilai dengan bijak. Jangan terpedaya dengan testimoni yang tak jujur kerana produk yang baik tak perlukan tipu daya,” sambungnya lagi di akhir ayat pada hantaran dimuat naik semalam.

Baca juga: Letak Bunga Cengkih Dalam Syampu Untuk Rambut Lebat, Petua Ini WAJIB Kena Cuba!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: Freepik / ArthurHidden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×