Sedih kan hati para ibu bila tengok kulit bayi yang mulus tiba-tiba naik ruam merah? Mula lah kita rasa risau dan tak senang duduk, si kecil pun asyik meragam sebab gatal dan tak selesa.
Paling buntu, bila dah macam-macam jenis krim kita sapu, tapi ruam merah tu tetap tak mahu hilang.
Ha, sebelum pening kepala, cuba semak balik rutin harian anak terutamanya waktu mandi.
Rupa-rupanya, ada beberapa kesilapan biasa yang mak ayah kerap buat tanpa sedar yang boleh menyebabkan kulit sensitif anak menjadi makin melarat.
Jom semak 3 kesilapan utama ini supaya kita boleh elakkan demi keselesaan si kecil!
1. Suhu air mandian terlalu panas
Memang betul bayi tak boleh dimandikan dengan air sejuk menggigil tapi jangan pula sediakan air yang terlalu panas.
Air yang terlalu panas akan bertindak melarutkan lapisan minyak semula jadi (natural oils) yang melindungi kulit bayi.
Akibatnya, kulit anak akan menjadi terlampau kering dan sangat mudah terkena iritasi atau ruam merah.
Cara betul yang boleh diamalkan adalah pastikan suhu air sekadar suam-suam kuku sahaja (sekitar 37°C hingga 38°C).
Cuba uji suhu air menggunakan siku anda, bukannya tapak tangan, kerana siku lebih sensitif pada haba.
Anda boleh dapatkannya di SHEIN dan Shopee.
2. Terpedaya dengan sabun yang banyak buih dan wangi semerbak

Siapa sahaja yang tak suka bau bayi lepas mandi? Tapi para ibu kena berhati-hati.
Sabun bajet atau sabun biasa yang mempunyai buih yang melimpah-limpah biasanya mengandungi bahan kimia seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan pewangi tiruan.
Bahan-bahan inilah yang menjadi musuh utama kulit sensitif. Ia boleh merosakkan pelindung kulit bayi yang masih nipis dan belum matang.
Cara yang terbaik adalah cari sabun mandian yang mempunyai label hypoallergenic, fragrance-free dan soap-free yang dirumus khas untuk kulit ekzema atau sensitif.
Anda boleh dapatkannya di SHEIN dan Shopee.
3. Sesi mandi terlalu lama dan gosok kulit terlalu kuat
Bila anak dah pandai main air, pantang nampak besen mandi, mesti nak duduk lama-lama sambil main mainan itiknya.
Para ibu bapa dinasihatkan jangan layankan sangat ya! Menbiarkan bayi berendam di dalam air melebihi 10 minit hanya akan membuatkan kulit mereka kehilangan kelembapan.
Satu lagi tabiat kita adalah suka menggosok kulit anak dengan tuala secara kuat selepas mandi dengan niat nak keringkan air dengan cepat.
Geseran kasar tuala pada kulit yang sedang radang akan membuatkan ruam menjadi semakin merah dan pedih!
Apa yang boleh dilakukan adalah hadkan masa mandi sekitar 5 hingga 10 minit sahaja. Apabila mengeringkan badan anak, tekap-tekap lembut sahaja tuala pada kulit mereka, jangan sesekali sental atau gosok.
Anda boleh dapatkannya di SHEIN.
Amalkan “Aturan 3 Minit” Lepas Mandi!
Jangan tunggu kulit anak dah kering kontang baru nak sapu losyen atau krim ruam. Sebaik sahaja badan anak dilap manja (masih ada sedikit sisa lembap), terus sapukan krim pelembap khas dalam tempoh 3 minit pertama. Cara ini sangat efektif untuk mengunci kelembapan di dalam kulit mereka!
Menjaga kulit anak yang sensitif memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang bukan salah produk yang kita guna, tapi teknik mandian kita yang perlu diubah sikit.
Lepas ni, jom kita cuba elakkan 3 kesilapan di atas. Barulah kulit si kecil kembali mulus, sihat, dan mereka pun dapat tidur dengan lena tanpa gangguan gatal-gatal lagi. Selamat mencuba, mak-mak semua!
