Jika anda bercadang ingin bercuti ke Medan bersama insan tersayang selama 5 hari 4 malam, ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca kerana penulis ada kongsikan itinerari penuh di bawah.
Menerusi perkongsian Azura Noorun ini, bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam ini tidak mencecah RM1500 dan itu sudah tentunya berbaloi!
Baca juga: Itinerari 5H4M Bercuti Di Labuan Bajo Versi Mesra Kanak-Kanak, Indah Tak Terkata!
BERCUTI KE MEDAN 5 HARI 4 MALAM, TAK SAMPAI RM1500

Bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam dan kos hanya RM1,121.50 seorang
– Semua jarak tempat jauh jauh (1-2 jam perjalanan)
– Iron tak ada disediakan
– Kebanyakkan homestay tak ada aircond
– Pakai baju tebal kalau dah sampai Brastagi – sejuk
– Makanan kena tanya pemandu halal atau tak
Jumlah kos penerbangan:
– Tiket pergi + (10kg) = RM 148
– Tiket pulang + (10kg) = RM 150
Kos penginapan:
– Camping bukit holbung = RM50 x 2
– Laster Johnny = RM 60 x 2
– Mountain View homestay = RM 80 x 2
Kos makanan:
– Dalam RM280.
– Makan ayam penyet 2 kali, nasi ayam bakar, minum jus, pizza dan lain-lain.
Kos pemandu pelancong:
– RM 1457x 2. (Dah termasuk airport transport, tol, minyak, guide dan servis lain)
– Pemandu kami sangat baik. Semua benda dia sediakan. Bangun solat subuh, masakkan mi segera, buatkan kopi, belikan mineral, bawakkan beg dan lain-lain.
– Harga boleh bincang ikut bajet.
– Dia akan ikut kemana anda nak pergi, keselamatan dan kebajikan terjaga.

Hari pertama
– Penerbangan Kuala Lumpur – Medan
– Bah damanik
– Kebun teh Damanik
– Parapat
– Naik ferI ke Samosir Island (Lake Toba view)
– Bukit Holbung (Lake toba view)
– Tidur dekat Bukit Holbung
Hari kedua
– Bangun pagi dan pergi Elfrata waterfall.
– Selpas Elfrata Waterfall ke Tuk Tuk Village
– Huta sialagan
– Beli cenderahati
– Bukit Burung (Lake Toba view)
– Makan malam di Village Tuk Tuk
– Balik homestay
Hari ketiga
– Check out homestay
– Naik feri pergi Brastagi
– Makan tengah hari
– Peapira lake side (Lake Toba view)
– Sipiso piso waterfall
– Check in rumah di Berastagi
– Makan malam

Hari keempat
– Sarapan pagi
– Pergi ke kaki Gunung Sinabung
– Melawat ghost town di kaki Gunung Sinabung
– Sarune Cafe
– Jalan di bandar Medan
– Membeli belah dan balik hantar ke lapangan terbang
Hari kelima
– Seawal jam 5am dah boarding balik Malaysia.
Itu sahaja perkongsian mengenai bercuti ke Medan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Baca juga: Percutian Bajet Di Batam Selama 2H1M, Hanya RM500 Sekali Shopping. Berbaloi Sangat!
Sumber: Facebook Azura Noorun
