Euforia Bola 2026
Rakyat

Belanjawan 2026: Diskaun Tol 50% Dua Hari Sempena Deepavali, RM100 SARA Disalurkan Lagi Februari 2026!

belanjawan 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada pukul 4.00 petang tadi. Belanjawan itu merupakan yang keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI serta yang pertama dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menjadi asas utama pelaksanaan pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Belanjawan 2026 juga akan terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

Baca juga: JPN Tawar Tempahan ‘Foto Kenangan Terindah’, Papar MyKad Nostalgia Dari Usia 12 Tahun Hingga Wajah Terkini

BELANJAWAN 2026: Belanjawan Rakyat

belanjawan 2026

Menurut PMX yang mengenakan Baju Melayu berwarna biru cair pada kali ini, RM470 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan MADANI keempat berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Berita baik untuk rakyat Malaysia kali ini adalah tahun ini, Kerajaan menyediakan 13 bilion ringgit untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaat hampir 9 juta penerima. Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai 6 bilion ringgit.

1. Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, Bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai 2 bilion ringgit, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.

2. Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.

3. Sukacita diumumkan, bagi tahun 2026, semua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga 100 ringgit setiap bulan atau 1,200 ringgit setahun. Manakala, 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga 200 ringgit sebulan atau 2,400 ringgit setahun.

4. Kategori bujang menerima RM600 iaitu 50 ringgit sebulan melalui SARA.

5. Kadar maksimum diterima isi rumah ialah 4,600 ringgit, iaitu pendapatan bawah 2,500 ringgit sebulan dengan lima anak menerima STR 2,200 ringgit dan SARA 2,400 ringgit.

6. 31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat 100 ringgit Penghargaan SARA. Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah.

7. Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina. STR SARA 2026 berjumlah 15 bilion ringgit. Peningkatan ini adalah hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.

belanjawan 2026

Baca juga: MyKad Dah Lebih 10 Tahun & Rosak? Jangan Panik, Ini Cara Perbaharui Secara Online & ‘Confirm’ Dapat Bantuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×