Euforia Bola 2026
Kerjaya

Belajar GenAI Kini Trend Baharu, Coursera Lapor Malaysia Sudah Mendahului Di Peringkat Asia Pasifik

kursus genAI

Malaysia kini giat melangkah ke hadapan dalam era digital apabila laporan tahunan Coursera Global Skills Report 2025 menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 183% dalam penyertaan kursus GenAI (Generative AI).

Ini jauh mengatasi purata Asia Pasifik sebanyak 132%.! Peningkatan ini menggambarkan kesungguhan negara memperkukuh tenaga kerja digital menjelang ekonomi masa depan yang dipacu AI.

Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

Malaysia Lonjak 183% Dalam Kursus GenAI – Tenaga Kerja Digital Makin Bersedia!

kursus genAI

Laporan berdasarkan data 170 juta pelajar dari lebih 100 negara ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-50 dunia dan ke-14 di Asia Pasifik dari segi kemahiran keseluruhan. Dari sudut kompetensi, pelajar Malaysia mencatat 57% dalam bidang perniagaan, 55% teknologi, dan 53% sains data.

Buat pertama kali, laporan ini turut memperkenalkan ‘Indeks Kematangan AI’, dan Malaysia berada di tangga ke-31 dunia. Ini merupakan satu petunjuk positif bahawa kita sedang berada di landasan kukuh dalam pembelajaran dan penggunaan AI.

Selain GenAI, data menunjukkan peningkatan dalam pendaftaran Sijil Profesional (+31%), serta kursus melibatkan kemahiran insani seperti pengurusan bakat, prestasi pekerja, pemikiran kritis (+38%) dan khidmat pelanggan (+22%). Data ini turut membuktikan bahawa bakat Malaysia kini bersedia bukan hanya secara teknikal, malah secara strategik dan kepimpinan.

Walau bagaimanapun, jurang penyertaan dalam kalangan wanita masih ketara apabila hanya 31% sahaja menyertai kursus GenAI dan 29% bagi Sijil Profesional, walaupun mereka membentuk hampir separuh daripada jumlah pelajar Coursera di Malaysia.

Cabaran: Jurang Kemahiran & Keperluan Pendidikan Fleksibel

kursus genAI

Foto: freepik

Laporan turut mendedahkan bahawa 35% CEO Malaysia menganggap kekurangan pekerja berkemahiran sebagai cabaran utama. Dalam masa sama, lebih ramai majikan kini memilih calon dengan kursus pendek dan pensijilan mikro, lebih dua kali ganda berbanding purata global.

Ini menunjukkan perubahan sikap ke arah pembelajaran fleksibel, relevan dan segera digunakan di tempat kerja malah selari dengan keperluan industri digital yang pesat berubah.

Jadi, apa yang orang ramai perlu tahu adalah Malaysia sedang mengorak langkah untuk membina generasi pekerja digital masa depan yang mahir dalam teknologi seperti AI, namun tidak mengabaikan aspek kepimpinan dan kemahiran insani. Meskipun jurang penyertaan dan kemahiran masih perlu ditangani secara menyeluruh, terutama dalam memperkasakan wanita, laporan ini membuktikan bahawa negara sedang menuju arah yang betul.

“Malaysia sedang membina asas untuk tenaga kerja yang yakin digital. AI menjadi keutamaan majikan, dan pelajar berusaha gigih menguasainya,” – Eklavya Bhave, Ketua Asia Pasifik, Coursera.

*Fakta Ringkas Laporan Coursera 2025 (Malaysia):

1. GenAI: Peningkatan pendaftaran +183%

2. Wanita hanya 31% peserta kursus GenAI

3. Sijil Profesional meningkat 31%

4. Top kemahiran: perakaunan pengurusan, analisis proses, kepimpinan pekerja

5. Pemikiran kritis meningkat 38%, rasa ingin tahu 18%

6. Kedudukan global kemahiran: #50, Kedudukan AI Maturity Index: #31

Baca juga: “Jangan Malu Jadi Diri Sendiri”- CGPA 4.0, Dua Ijazah & Bekerja Di Tiga Sektor, Wanita OKU Ini Jadi Inspirasi!

Sumber: Coursera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×