Bayi cacat akibat penggunaan produk kecantikan semasa hamil mungkin kedengaran sukar dipercayai, namun itulah realiti menyedihkan yang dikongsikan oleh Dr. Muhammad Izzat, seorang pakar perubatan yang mendedahkan kes sebenar di Instagram beliau.
“Percaya tak kalau saya cakap, ada bayi yang dilahirkan cacat disebabkan ibunya ketika hamil pakai produk kecantikan (skincare),” ujar beliau.
Baca juga: Detik Cemas Di 1 Syawal, Bapa Tenang Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta
BAYI CACAT DISEBABKAN PRODUK KECANTIKAN IBU

Kepala bayi menjadi lonjong akibat bahan Retinol produk kecantikan yang dipakai ibu semasa hamil.
Dalam hantaran video tersebut, Dr. Izzat menceritakan pengalaman merawat seorang pesakit yang melahirkan bayi dengan pelbagai kecacatan serius. Antaranya kepala lonjong seperti kon, telinga tidak terbentuk sempurna, bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan tulang belakang.
Apabila doktor menyiasat ibu bayi tersebut, mereka mendapati si ibu telah menggunakan produk kecantikan yang mengandungi Retinol atau Retinoids ketika hamil.
Di mana, ia adalah bahan yang tergolong dalam kumpulan derivatif Vitamin A seperti Isotretinoin, yang diketahui boleh membahayakan janin.
“Pendedahan Retinol ketika hamil boleh mengakibatkan craniofacial defects kepada bayi iaitu pembentukan kepala ada masalah, telinga mungkin tiada dan bibir sumbing, sistem saraf bermasalah dan terjadinya masalah jantung,” jelas Dr. Izzat.
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
Apa itu Retinol

Telinga tidak terbentuk sempurna akibat bahan Retinol produk kecantikan yang dipakai ibu semasa hamil.
Tambah beliau, bahan-bahan seperti Retinol biasanya digunakan dalam rawatan kulit seperti jerawat kronik dan hanya patut digunakan di bawah pengawasan doktor.
Malangnya, banyak produk kecantikan di pasaran mengandungi bahan ini tanpa label yang jelas dan dijual secara bebas tanpa preskripsi.
Beliau turut mengingatkan bahawa wanita yang perlu menjalani rawatan menggunakan Retinol akan diberi perlindungan kehamilan (contraception) sebulan sebelum dan selepas rawatan bagi mengelakkan kehamilan semasa tempoh rawatan.
“Saya ada pesakit yang saya nasihatkan guna perlindungan berganda. Walaupun dah pasang implan, saya tetap suruh pakai kondom,” katanya, menunjukkan betapa seriusnya risiko kepada bayi jika ibu terdedah kepada bahan ini.
Dr. Izzat menasihatkan semua wanita, terutamanya yang sedang hamil atau merancang kehamilan, untuk menyemak kandungan produk kecantikan mereka dengan teliti. Elakkan menggunakan sebarang produk yang mengandungi Retinol, Retinoids atau Isotretinoin, dan dapatkan nasihat daripada doktor jika ragu-ragu.
Baca juga: Ramai Ibu Berpantang Pernah Dengar Bisikan Halus, Antaranya Minta Tikam Bayi!
Sumber: Instagram Dr. Muhammad Izzat
FT Image: Eva-Katalin/Getty Images / Makassar_iinfo
