Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Cleaner Hotel Ajar Teknik Mudah, Bilik Air Terus Wangi, Kerak Hilang & Saluran Pun Tak Tersumbat

BILIK AIR

Ramai yang mengadu bilik air cepat berbau, lantai licin, atau saluran air kerap tersumbat walaupun sudah dibersihkan. Menurut perkongsian seorang individu yang mempelajari cara membersih daripada pekerja pembersihan hotel, sebenarnya ada beberapa teknik mudah menggunakan bahan asas di rumah.

Baca juga: Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!

BAU BILIK AIR WANGI, BELAJAR DARI CLEANER HOTEL

BILIK AIR

Freepik

Berikut beberapa cara yang dikongsikan semula untuk memudahkan kerja harian di rumah:

1. Tandas bau hancing

Untuk hilangkan bau yang kuat dan melekat di lantai atau mangkuk tandas, campurkan:

  • 3 sudu baking soda
  • ½ cawan cuka makan
  • ½ liter air panas

Gaul seketika kemudian siramkan pada kawasan yang berbau. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Perubahan bau boleh dirasa hampir serta-merta kerana tindak balas baking soda dan cuka membantu menetralkan ammonia.

2. Kerak kuning dalam mangkuk tandas

Masalah kerak kuning memang memeningkan. Caranya:

  • 2 sudu jus lemon
  • 3 sudu baking soda
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu cuka

Campuran ini akan berbuih sedikit. Tuangkan ke dalam mangkuk tandas dan gosok sehingga kerak hilang. Jus lemon membantu memutihkan, manakala baking soda bertindak sebagai penyental lembut.

3. Lantai licin & berminyak

Lantai bilik air yang licin bahaya, terutama untuk kanak-kanak atau warga emas. Untuk hilangkan minyak dan bau:

  • 5 sudu sabun pencuci pinggan
  • 3 sudu garam
  • 1 liter air panas

Siram, mop dan keringkan. Garam membantu memecahkan minyak, menjadikan lantai lebih kesat dan selamat.

BILIK AIR

Freepik

4. Lumut/hitam di jubin

Nat jubin cepat gelap kerana kelembapan. Untuk membersihkannya:

  • Campurkan bleach dengan sedikit air
  • Gosok menggunakan berus kecil

Biarkan sekejap sebelum bilas. Nat akan kembali terang seperti baru.

5. Saluran air sumbat

Kalau air bertakung atau mengalir perlahan, guna cara ini:

  • ⅓ cawan baking soda
  • ½ cawan cuka

Tuang baking soda dahulu, kemudian cuka. Ia akan berbuih. Tunggu 20–30 minit sebelum siram dengan 1 liter air panas. Kaedah ini membantu melonggarkan sisa sabun, rambut dan minyak.

6. Cermin bilik air kabur/berkerak

Untuk hilangkan kesan wap, sabun dan titisan air:

  • 1 sudu cuka
  • 3 sudu jus lemon
  • 1 cawan air panas

Masukkan dalam botol spray, semburkan dan lap sehingga cermin kembali jernih.

Teknik yang dipelajari daripada cleaner hotel ini memang nampak mudah, tetapi sangat berkesan untuk memastikan bilik air sentiasa bersih, tidak berbau hancing, bebas lumut serta tidak tersumbat. Paling penting, semuanya hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati di rumah.

Baca juga: Orang Kata 7 Pokok Bunga Ini Ada ‘Penunggu’, Tapi Ramai Yang Guna Untuk Deko!

Sumber: Instagram Ruangteduh.house

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×