Euforia Bola 2026
Rakyat

“Dah Macam Dekat Hong Kong”- Ingatkan Bilik Sewa Biasa, Rupanya Bilik Air Diubah Suai..Tab Mandi Jadi Katil!

bilik air

Mencari bilik sewa di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur bukan lagi perkara mudah. Namun, satu iklan bilik sewa yang tular baru-baru ini benar-benar mengejutkan orang ramai apabila ruang yang ditawarkan dipercayai merupakan sebuah bilik air yang diubah suai menjadi tempat tidur.

Baca juga: Budak Didakwa Minta Sedekah Berulang Kali Di Restoran Bukit Bintang, Puak Hanyut Ini Boleh Rosakkan Imej Negara!

BILIK AIR DIUBAHSUAI MENJADI BILIK SEWA

bilik air

Foto: Threads @missfawaa

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, @missfawaa, ketika sedang mencari bilik untuk disewa.

Tengah mencari bilik untuk disewa, terjumpa ini. Tergamak ya buat tandas sebagai bilik untuk bagi sewa dekat orang.

Menurut iklan berkenaan, ruang tersebut ditawarkan pada harga RM950 sebulan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tab Mandi Bilik Air Dijadikan Katil

bilik air

Foto: Threads @missfawaa

Apa yang mencuri perhatian ialah keadaan ruang tersebut yang jelas masih mengekalkan ciri-ciri sebuah bilik air.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan:

  • Masih terdapat sinki dan cermin dinding.
  • Pengering tangan masih dipasang pada dinding.
  • Reka bentuk jubin serta susun atur ruang menyerupai bilik mandi hotel.
  • Sebuah tilam diletakkan di atas tab mandi sehingga dijadikan katil.
  • Sebuah meja kecil diletakkan di sisi tempat tidur.

Ramai percaya ruang itu asalnya merupakan bilik mandi dalam sebuah hotel lama yang kemudiannya diubah suai untuk dijadikan bilik sewa.

Netizen Terkejut, Ada Yang Kata Dah Macam Hong Kong

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan keadaan itu seolah-olah Malaysia semakin menuju kepada fenomena “rumah mikro” seperti di Hong Kong.

Malaysia dah nak ke arah negara Hong Kong ke buat bilik macam ni?

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman pernah menemui situasi hampir sama ketika mencari bilik sewa.

Yeee memang ada. Last time saya cari sekitar Bandar Utama dalam harga RM400 hingga RM600, rumah landed. Memang jelas itu tandas atau bilik air. Pernah terfikir nak ambil sebab susah cari bilik tak kongsi pada harga macam tu, tapi akhirnya tak jadi sebab rasa takut dan geli. Nasib baik jumpa pilihan lebih baik di Damansara walaupun sewa lebih mahal sekitar RM200.”

Tidak kurang juga yang berpendapat harga tersebut terlalu tinggi memandangkan ruang yang ditawarkan.

RM950 untuk sewa tandas. Dengan harga macam ni boleh sewa satu rumah dekat tempat lain.

Isu Kos Sewa Bandar Semakin Membimbangkan

Walaupun kesahihan sama ada ruang itu benar-benar bilik mandi yang masih digunakan tidak dapat dipastikan, perkongsian ini membuka semula perbincangan mengenai kos sewa yang semakin tinggi di kawasan bandar.

Tekanan harga sewa menyebabkan sesetengah penyewa sanggup menerima ruang yang sangat kecil atau tidak sesuai demi berjimat dan tinggal berhampiran tempat kerja.

Dalam masa sama, ramai berpendapat pemilik hartanah juga perlu memastikan ruang yang disewakan memenuhi aspek keselesaan, keselamatan dan maruah penyewa, bukannya sekadar memaksimumkan keuntungan.

Baca juga: Sanggup Turun Dari Kereta Demi Tolong Kawan, Persahabatan 2 Lelaki OKU Ini Buat Netizen Tersentuh

Sumber: Threads @missfawaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×