Euforia Bola 2026
Rakyat

SST Baharu: Ini Barangan Bukan Keperluan Dikenakan Cukai 5% Mulai 1 Julai 2025, Salmon Masuk ‘List’!

cukai sst

Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia akan melaksanakan versi baharu sistem Cukai SST (Jualan dan Perkhidmatan). Kalau sebelum ini SST lebih banyak dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan tertentu, tetapi kali ini skopnya diperluas dan melibatkan lebih banyak sektor dan barangan.

Tapi jangan panik, bukan semua perkara akan dikenakan cukai. Mari kita teliti apa yang berubah, apa yang kekal, dan apa yang selamat.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

CUKAI SST 2025: BARANGAN BUKAN KEPERLUAN SEPERTI ‘SALMON’ KENA 5%

cukai sst

Foto: freepik

1. Cukai Jualan: Barang Harian Masih ‘Safe Zone’

Barangan asas dan keperluan harian masih tidak dikenakan cukai, jadi pengguna tidak perlu risau tentang kenaikan mendadak harga barang dapur. Berikut pecahannya:

– Masih 0% – Tak Kena Cukai: Barang mentah: ayam, daging, ikan tongkol, sotong, sayur-sayuran, buah tempatan, beras, oat, gandum.

– Barang proses: Tepung, minyak masak, sardin dalam tin, roti putih, mi segera, susu, minuman malt.

– Keperluan penting: Ubat-ubatan, alat perubatan, buku, surat khabar, makanan haiwan, baja dan racun, simen dan pasir.

2. Kekal 5%

– Abalone, lobster, quinoa, keju, jem buah, telefon pintar.

3. Naik Jadi 5%

– Ketam raja, salmon, cod, truffle, strawberi import, minyak pati, kain sutera, mesin industri.

4. Kekal 10%:

Barangan mewah seperti kaviar, sirip yu, alkohol, rokok, cerut, dan barangan kulit eksklusif.

5.  Naik ke 10%:

– Tungsten scrap, basikal lumba, lukisan antik.

6. Cukai Perkhidmatan: 6 Servis Baru Turut Dikenakan

Enam jenis perkhidmatan baharu kini dikenakan cukai, sebahagian besar dengan kadar antara 6% hingga 8%. Walau bagaimanapun, beberapa kategori diberikan pengecualian bagi melindungi golongan rentan dan perniagaan kecil.

7.  Sewa & Pajakan – 8%

– Dikenakan ke atas sewaan komersial & pajakan aset.

– Pengecualian: sewa rumah kediaman, pajakan luar negara, bahan bacaan, pajakan kewangan.

– Perniagaan kecil (pendapatan bawah RM500,000/tahun) tidak perlu daftar.

8. Kerja Pembinaan – 6%

– Terpakai untuk projek infrastruktur & bangunan komersial/industri. Dikecualikan: rumah kediaman, fasiliti awam.

– Kontraktor kecil (nilai kerja bawah RM1.5 juta) diberi pengecualian 12 bulan untuk adaptasi.

9. Perkhidmatan Kewangan – 8%

– Dikenakan atas caj & komisen.

– Dikecualikan: pembiayaan Islamik, forex, pasaran modal, takaful nyawa & perubatan, kad kredit, simpanan asas, servis eksport & penalti bayaran.

10. Perkhidmatan Kesihatan Swasta – 6%

– Hanya dikenakan kepada warga asing.

– Rakyat tempatan dan semua fasiliti kerajaan tidak dikenakan cukai.

11. Pendidikan Swasta – 6%

– Merangkumi taska, sekolah swasta, IPTS & pusat bahasa.

– Pendidikan awam tidak terjejas.

– OKU rakyat Malaysia dikecualikan.

12. Perkhidmatan Kecantikan – 8%

– Termasuk facial, make-up, tatu, mandi bunga, rawatan slimming dan seumpamanya.

– Wajib daftar jika hasil tahunan melebihi RM500,000.

Kenapa Kerajaan Buat Semua Ini?

cukai sst

Foto: freepik

Tujuan utama perluasan SST ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Pendek kata, meningkatkan pendapatan negara tanpa terlalu membebankan rakyat biasa.

Harapannya, kutipan cukai ini akan digunakan untuk menambah baik kebajikan rakyat dan perkhidmatan awam tetapi seperti biasa, keberkesanannya sangat bergantung kepada tadbir urus kerajaan. Secara umumnya, barangan asas & keperluan perubatan masih dilindungi, jadi tidak akan ada impak besar kepada pengguna biasa.

Namun, kalau anda:

– Suka makan salmon atau strawberi import,

– Guna produk kecantikan premium, atau hantar anak ke sekolah swasta,

…maka bersedialah untuk berbelanja lebih sedikit selepas 1 Julai 2025. Nak marah boleh, tapi inilah antara strategi kerajaan untuk ‘top-up’ dana negara. Yang penting, semoga hasil cukai ini benar-benar kembali kepada rakyat dan bukan sekadar indah di atas kertas.

Baca juga: Pekerja Boleh Dapat Diskaun Harian Hingga 30% Bila Ada ‘Kad Pekerja Madani’, Ini Cara Mohon

Sumber: Buletin TV3, Jazli Izzudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×