Euforia Bola 2026
Famili

“Allahuakbar Ayahku”- Bapa Petani Hibah Harta Jadi Pengganti Duit Raya Elak Anak Berebut, Netizen Sebak!

Dalam dunia yang semakin kompleks hari ini, isu pembahagian dan hibah harta sering menjadi punca perselisihan dalam kalangan ahli keluarga. Namun, sebuah video tular di TikTok baru-baru ini telah membuka mata ramai apabila memaparkan tindakan seorang bapa yang bijak merancang masa depan keluarganya dengan cara yang penuh hikmah.

Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan hanya bekerja sebagai petani, lelaki ini mengambil langkah luar biasa apabila menghibahkan hartanya di pagi Raya kepada anak-anak bagi mengelakkan sebarang konflik apabila dia sudah tiada nanti.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

BAPA HIBAH HARTA DI PAGI HARI RAYA, BIJAK TAPI UNDANG SEBAK

hibah harta

Video menyentuh hati dari akaun @arrizqidental berkongsi momen istimewa melibatkan bapanya. Dalam video yang tular itu, kelihatan si bapa menghulurkan helaian kertas berupa dokumen hibah kepada anak-anaknya yang beratur untuk bersalaman dengannya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik akaun yang dikenali juga sebagai Dr GTR menjelaskan bahawa bapanya, meskipun hanya seorang petani dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, tetap mempunyai pandangan jauh mengenai masa depan keluarganya. Beliau mengambil inisiatif untuk menghibahkan hartanya kepada anak-anak bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan pergaduhan kelak.

“Ayah ni seorang yang berpandangan jauh. Walaupun tak belajar tinggi dan hanyalah seorang petani sejak muda, tapi berjaya membesarkan kami lapan beradik. Dia tahu kalau suatu hari nanti dia tiada, dia tak mahu anak-anaknya bergaduh berebut harta. Jadi, dia ambil keputusan untuk menghibahkan semua hartanya kepada anak-anak. Allahuakbar ayahku,” tulisnya.

Tindakan mulia bapa tersebut bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan, malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa agar merancang pembahagian harta dengan teliti demi kesejahteraan keluarga.

“INI BARU BETUL! BUKAN GILA HARTA”

@arrizqindental Terima kasih ayoh Terima kasih mek 😭 Ayoh ni seorg berpandangan jauh, walau x belajar tinggi, hanya lah seorg petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami 8 beradik.Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak2.Allahuakbar ayoh ku😭😭fypシ゚ #hibahbersyarat #wasiyyahshoppe ♬ original sound – Dr GTR – arrizqindental

Menjengah ke ruangan komen, memang ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat video ini selain dari memuji tindakan bapa tersebut. Sememangnya disarankan untuk ibu bapa di luar sana untuk melakukan pembahagian harta di saat mereka sihat dan hidup, bukannya semasa dah nazak.

“Parents macam ini betul, bukan gila harta, nak elak pecah belah keluarga, aku respect!” – netizen.

“Bagus cara ayah dan mek ni. Bagi awal-awal masa sihat, masa masih waras. Depan bersaksi semua anak-anak lain, tak ada isu berbangkit depan hari. Moga ayah dan mek sihat dan murah rezeki sokmo…” – netizen.

*Ada yang nak cuba buat macam ini juga semasa Hari Raya Aidiladha nanti?

Baca juga: Peguam Jelas Beza Hibah Harta & Wasiat, Elak Punca Ahli Keluarga Bergaduh

Sumber: Tiktok @arrizqidental

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×