Baru sahaja selesai menyambut kejayaan anak-anak yang mendapat keputusan peperiksaan SPM 2023, sudah pasti ibu bapa tidak sabar menanti hala tuju mereka masuk ke universiti. Di samping memilih kursus apa yang bakal diambil, jangan terlupa juga untuk mohon bantuan pendidikan disediakan di seluruh negara bagi anak-anak yang layak.
Antara bantuan pendidikan dari segi kewangan yang ditawarkan adalah dari pusat zakat, bantuan yayasan dan bantuan anak negeri. Untuk yang mampu mungkin tiada masalah, namun bagi anda yang kurang berkemampuan, rebutlah peluang ini supaya anak dapat pengajian yang selesa.
Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan
30 SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IPT

1.Bantuan Zakat dari Majlis Agama Ilsam Wilayah Persekutuan (MAWIP)
Laman web: http://maiamp.gov.my
2.Skim Bantuan Kewangan Pelajar IPTS IPTA RISDA
Laman web: https://www.risda.gov.my
3.Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman web: https://www.yayasanwp.org
4.Bantuan Skim Dana Ehsan (SDEP)
Laman web: https://www.ypm.org.my
5.Bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor
Laman web: https://www.zakatselangor.com.my
6.Bantuan Kewangan Anak Sarawak
Laman web: https://yayasansarawak.org.my
7.Bantuan kerajaan untuk pelajar terdiri Anak Penang Pulau Pinang
Laman web: https://bit.ly/Bantuan-Zakat-IPT
8.Bantuan Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN)
Laman web: https://www.ypm.org.my
9.Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor
Laman web: http://ypj.gov.my
10.Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu
Laman web: http://www.espmb.com
11.Bantuan IPT Kewangan Pendidikan Anak Negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
Laman web: http://www.maij.gov.my
12.Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (hadiah pengajian IPT)
Laman web: https://hpipt.selangor.gov.my
13.Bantuan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak
Laman web: https://bit.ly/Dermasiswa-Yayasan-Perak
14.Skim Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan Anak Perak
Laman web: http://yayasanperak.gov.my
15.Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak
Laman web: https://www.tbs.org.my
16.Bantuan Sambung Belajar ke IPT untuk Anak Kelantan
Laman web: https://www.e-maik.my
17.Bantuan TAPEM Melaka
Laman web: https://tapem.melaka.gov.my
18.Bantuan Derma Siswa Sambung Pelajaran ke IPT Untuk Anak negeri Kedah
Laman web: http://bit.ly/Bantuan-PelajarIPT
19.Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman
Laman web: https://www.yayasantar.org.my/
20.Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang)
Laman web: http://www.yp.org.my
21.Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan
Laman web: https://www.ns.gov.my
22.Bantuan Awal Pelajar IPT Anak Pahang
Laman web: https://bit.ly/Bantuan-MUIP
23.Duit Bantuan Wang untuk Kemasukan Ke IPT bagi Anak Perlis dari Pusat Zakat Perlis
Laman web: https://www.maips.gov.my
24.Bantuan Mahasiswa Bakti Desa
Laman web: https://rurallink.gov.my
25.Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Laman web: https://www.moe.gov.my
26.Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asasi Universiti Awam (UA)
Laman web: https://www.moe.gov.my
27.Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor
Laman web: https://bit.ly/Mohon-Dermasiswa-Zakat-Selangor
28.Dermasiswa Zakat IPT
Laman web: https://bit.ly/Dermasiswa-Zakat-IPT
29.Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) –Kluster B40 dan M40
Laman web: https://bit.ly/Bantuan-Kewangan-KPM
30.Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang
Laman web: https://bit.ly/Skim-Dermasiswa

*Jangan lupa mohon bagi yang berkelayakan ya. Manfaatkan bantuan dengan sebaiknya!
Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!
Sumber: Biasiswa.co
