Euforia Bola 2026
Famili

Bermula Isnin, Seramai 1,254 Mangsa Kebakaran Paip Gas Akan Terima Bantuan Tunai!

kebakaran paip gas

Seramai 1,254 mangsa daripada 308 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Daripada jumlah itu, 630 mangsa daripada 157 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala 624 mangsa daripada 151 keluarga memilih untuk menetap di kediaman saudara atau rakan.

Baca juga: Pelajar WAJIB Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April, Lihat PDF Panduan Penuh!

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS BERMULA ISNIN

kebakaran paip gas

Foto Bernama: Keadaan ketika kejadian kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada Selasa yang kini padam sepenuhnya ketika tinjauan setakat 12 tengah hari Rabu. 

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat dua mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi pernafasan yang serius.

“Kami sedang memastikan segala bantuan dan keperluan mangsa dapat disalurkan dengan pantas dan sistematik,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di sini pada Khamis.

Berdasarkan laporan awal, insiden ini telah menyebabkan 87 rumah dan premis mengalami kemusnahan total serta tidak lagi boleh didiami. Manakala, 148 kediaman lain mengalami kerosakan tetapi masih boleh dibaik pulih.

Bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil, pihak berkuasa kini sedang memurnikan data jumlah sebenar penduduk yang terkesan di kawasan Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru bagi mengelakkan sebarang isu ketirisan atau penyalahgunaan bantuan.

Baca juga: Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

Bantuan tunai disalurkan seawal Isnin 

kebakaran paip gas

Gambar Sinar Harian: Keadaan api yang hampir padam selepas berjaya dikawal sejak pagi, Selasa.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan bahawa bantuan tunai antara RM2,500 hingga RM5,000 kepada mangsa yang layak akan mula disalurkan seawal Isnin ini, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penyampaian bantuan ini akan dilakukan secara berperingkat dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat,” tambahnya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ini merupakan mesyuarat penyelarasan kedua yang melibatkan 39 agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Sesi pemantauan dan keputusan baharu akan dibuat setiap hari bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Repair’ Dapur Gas Rumah Sendiri, Anda Pun Boleh Buat!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Bernama / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×