Euforia Bola 2026
Famili

Pemilik Rumah Musnah Sepenuhnya Terima Tunai 10 Ribu & Separa Musnah Dapat 5 Ribu

pemilik rumah

Pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights akan menerima bantuan tunai RM10,000, umum Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ujarnya, jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah sebanyak RM5,000 dari Petronas yang dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Baca juga: Bapa Didakwa ‘Ajar’ Anak Kecilnya, Tak Cukup Lempang Turut Dihempas Dalam Kereta!

LETUPAN PAIP GAS: BANTUAN KEPADA PEMILIK RUMAH

pemilik rumah

Gambar Faiz Anuar: Amirudin Shari pada sidang media perkembangan terkini insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor.

“Ini bermakna pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima RM10,000, manakala rumah yang terkesan dan juga penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 oleh Kerajaan Persekutuan, menjadikan mereka akan dapat sebanyak RM5,000.

“Pada hari ini, sesi pertama penyampaian bantuan berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.

“Seramai 219 pemilik yang disahkan itu dapat disampaikan hari ini, pihak jawatankuasa bencana akan memanggil secara individu semua yang dikenal pasti dan diikuti dengan hari seterusnya,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe di sini, hari ini.

Baca juga: Detik Cemas Di 1 Syawal, Bapa Tenang Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta

Rumah terjejas dikategorikan kepada tiga

Dalam pada itu katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah melakukan pemeriksaan dan siasatan terhadap 437 rumah yang dikenal pasti sebagai angka muktamad oleh pasukan teknikal.

“Kita letakkan rumah-rumah ini dalam tiga kategori iaitu musnah sepenuhnya dengan kebakaran struktur melebihi 40 peratus, separa musnah kebakaran struktur kurang 40 peratus dan terkesan tetapi tidak terbakar.

“Maknanya dari keseluruhan itu, bagi kategori pertama sebanyak 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya, 81 rumah ditakrifkan sebagai separa musnah dan 57 terbakar tetapi tidak mengalami kebakaran kepada struktur. Baki sebanyak 218 rumah diperiksa didapati tidak terjejas.

“Kita juga sudah membesarkan kawasan yang terkesan dari hari pertama adalah 290 meter persegi atau radius.

“Kali ini, kira-kira 325 meter persegi dilakukan pemeriksaan.

“Dan sehingga hari ini, sebanyak 151 rumah disahkan selamat dan pemilik rumah ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing…mungkin ada kerosakan kecil yang harus ditanggung, perlu dilaksanakan pembaikan.

“Mesyuarat hari ini memuktamadkan senarai mangsa yang diperoleh sehingga 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah didaftarkan dengan PPS daripada keseluruhan 437 rumah termasuk yang disewakan bilik,” katanya.

Baca juga: Pelajar WAJIB Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April, Lihat PDF Panduan Penuh!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Bernama / Aizuddin Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×