Berita gembira buat rakyat Malaysia, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan (bulan Februari) disalurkan kepada penerima yang layak pada 7 Mac 2025, Jumaat (hari ini).
Menurut MOF, mereka telah menetapkan tarikh pembayaran bagi tahun 2025 dalam satu hantaran di Facebook.
Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!
BANTUAN BUDI MADANI MULA DISALURKAN
“Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai secara bulanan RM200 BUDI MADANI bagi tahun 2025. Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” tulis MOF.

Foto: MOF

Foto: MOF
Sebelum ini bantuan tunai BUDI MADANI bulan Januari telah disalurkan kepada penerima pada 6 Februari lalu.
Buat anda yang tertanya-tanya, BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Kategori & Cara Mohon
Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel.
– Budi Individu merujuk kepada bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
– Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
-MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.
Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat [email protected].
Baca juga: Ada 600 Kereta Mewah Rolls-Royce, Ini 6 Fakta Kekayaan Sultan Brunei Tak Tercapai Dek Akal!
Sumber: The Malaysian Reserve (foto), BUDI MADANI, MOF
