Khatan atau sunat begitu sinonim dengan orang Islam, terutama masyarakat Melayu di Malaysia. Sekali gus, aktiviti saban tahun ini berjaya menarik minat bangsa lain untuk melalui pengalaman adrenaline rush tersebut, termasuklah adik-beradik bangsa Cina ini.
“Ketiga-tiga anak saya sendiri yang mahu berkhatan bersama kanak-kanak lain. Walaupun kami berbangsa Cina, majoriti lelaki dalam keluarga kami memang berkhatan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan,” kata Tan Bee Kam, 40.
Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!
BANGSA CINA 3 BERADIK TERUJA BERKHATAN

Gambar Hazira Ahmad Zaidi: TAN Bee Kam (kanan) bersama suaminya, Tan Wee Lee menenami tiga anak mereka menyertai Program Khatan Perdana 2025.
Kehadiran tiga beradik iaitu Tan Xarel, 8, Tan Xaden, 11, dan Tan Xavier, 12 mencuri tumpuan ramai apabila mereka berkhatan bersama 60 kanak-kanak lain Program Khatan Perdana 2025 Peringkat yang diadakan di Hospital Tanah Merah di sini, Khamis lalu.
Menurut ibu mereka, Tan Bee Kam, 40, sejak tahun lalu, dia sudah bertanya mengenai kos berkhatan di beberapa klinik swasta dan dimaklumkan harganya sekitar RM180 seorang.
“Bagaimanapun saya mendapat tahu daripada rakan sekampung berkenaan program berkhatan yang diadakan secara percuma dan terus bertanya dengan anak-anak sama ada mahu atau tidak, sebelum mereka bersetuju untuk berkhatan.
“Ketiga-tiga anak saya begitu teruja dan asyik bertanya tarikh majlis berkhatan dan pada pagi tadi mereka bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap,” katanya ketika ditemui Harian Metro dalam Program Khatan Perdana 2025 Peringkat Hospital Tanah Merah yang dirasmikan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Baca juga: Ibu Bapa Arwah Muhammad Al Fateh Yang Maut Di Taska, Dapat ‘Free’ IVF Daripada Tunku Azizah!
Berkhatan pengalaman berharga 3 beradik
Katanya, berkhatan beramai-ramai memberikan pengalaman yang berharga buat anak-anaknya dan mereka nampak sangat seronok apabila turut dimandikan air dari pili bomba dan disuapkan pulut.
“Saya akan memastikan mereka menjalani proses berpantang sebaiknya agar dapat segera sembuh. Semoga dengan berkhatan, mereka akan menjadi seorang ‘lelaki dewasa’ yang lebih sihat.
“Seorang lagi anak bongsu saya yang baharu berusia empat tahun akan turut sama berkhatan sebagaimana abang mereka dan saya mahu setiap anak lelaki berkhatan secara rela tanpa dipaksa,” katanya.
Sementara itu, Tan Xavier berkata, dia bersama dua adiknya memang hendak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu mereka menawarkan diri berkhatan walaupun berbangsa Cina.
“Rasa seronok sangat nak sunat (berkhatan) hari ini, ditambah pula ramai kawan-kawan sekali gus perasaan takut terus hilang,” katanya.
Baca juga: Warga Emas Sebak Terima Kunjungan Ramai Di Gerai Makan, Selepas Video Tular “2 Hari Makanan Habis…”
Sumber: Harian Metro
FT Image: Sinar Harian
