Euforia Bola 2026
Famili

Persiapan Hari Bahagia Berakhir Duka, Bakal Pengantin Meninggal Dunia Disengat Tebuan

DISENGAT TEBUAN

Persiapan seorang lelaki untuk menyambut hari bahagia bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia selepas dipercayai disengat tebuan ketika membersihkan rumahnya di Kampung Sungai Semungkis, Batu 14, di sini, pada 30 Disember lalu.

Mangsa, Abdul Hamid Mohd Taufek, 29, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 petang ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Batu 14 pada hari kejadian.

Baca juga: Setahun Lalu 7 Beranak Ini Tinggal Dalam Kereta, Kini Hilmi Miliki Gaji RM5000 & Rumah Sendiri Untuk Hidup…

BAKAL PENGANTIN MAUT DISENGAT TEBUAN

DISENGAT TEBUAN

Menurut rakan mangsa, Khairul Affendi Rahim, 36, ketika insiden berlaku Abdul Hamid sedang mengemas rumah sebagai persiapan menjelang perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini, selain menunggu ketibaan juruteknik bagi kerja penyelenggaraan penyaman udara.

Katanya, sebelum pulang ke rumah, arwah sempat menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau berhampiran.

“Difahamkan arwah disengat tebuan tanah ketika membuka bahagian luar unit penyaman udara di rumahnya. Selepas disengat, arwah sempat pergi ke rumah jiran untuk memaklumkan kejadian itu sebelum pengsan tidak lama kemudian,” jelasnya.

Abdul Hamid kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14 untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun usaha menyelamatkannya termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama kira-kira 30 minit tidak berhasil.

Khairul berkata, pemeriksaan di sekitar rumah mendapati terdapat sarang tebuan tanah di bahagian pemampat penyaman udara di luar rumah mangsa, dipercayai menjadi punca serangan tersebut.

DISENGAT TEBUAN

“Setakat ini kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Namun dimaklumkan arwah mempunyai masalah resdung serta alahan terhadap makanan laut, yang mungkin menyebabkan tindak balas bisa menjadi lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Safwan Shari, 34, memaklumkan Abdul Hamid dikenali sebagai seorang yang berpegang kuat kepada agama dan aktif dalam kegiatan keagamaan di Surau Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis.

Menurutnya, arwah yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu sering terlibat dalam program surau dan pernah dilantik sebagai imam ketiga kerana latar belakangnya sebagai bekas pelajar tahfiz dan hafiz al-Quran.

Safwan turut mendedahkan arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum kejadian, termasuk menjadi lebih mesra dan mudah bergaul berbanding kebiasaan.

Antara perkara yang kami anggap luar biasa, arwah meminta kumpulan kompang kampung ini memakai pakaian berwarna putih semasa majlis perkahwinannya nanti.

Baca juga: Kehebatan Di Sebalik Takhta, Ini 5 Sultan Di Malaysia Dengan Latar Pendidikan & Kerjaya Luar Biasa!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×