Euforia Bola 2026
Asuh

“Trauma Tengok Luka Toreh Panjang Di Bahu Anak”- Ibu Dedah Bahaya Tersembunyi Bila Beli Sofa Jenis INI

jenis sofa

Ramai antara kita gemar memilih jenis sofa berona elegan dan berhiaskan manik untuk mencantikkan ruang tamu. Namun, siapa sangka elemen hiasan yang tampak mewah itu boleh menjadi perangkap bahaya, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah.

Inilah yang terjadi kepada seorang ibu, Puan Anis, apabila detik indah bertukar cemas setelah anaknya mengalami luka panjang akibat tertoreh manik di sofa. Nampak remeh, tapi kesannya cukup mendalam kerana bukan sahaja pada anak, malah memberi trauma kepada ibu bapa!

Baca juga: “Makanan & Saiz Badan Tak Kena Usia”- Jurulatih Tegur Bapa Abang Aji, Konten Obesiti Dah Melampau

JENIS SOFA MANIK SEBENARNYA UNDANG BAHAYA BUAT SI KECIL, LUKA BAHU TERTOREH!

jenis sofa

Menurut gambar yang dikongsikan, siapa sangka, hiasan manik yang kelihatan eksklusif di sofa sebenarnya boleh menjadi ancaman kepada keselamatan anak kecil?

“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” kongsi Puan Anis dalam nada sebak.

Kejadian itu berlaku tanpa diduga apabila manik pada bahagian sandaran sofa yang kelihatan tidak berbahaya rupanya cukup tajam untuk mencederakan. Sejak insiden itu, Puan Anis nekad mengambil tindakan drastik demi keselamatan anaknya.

“Saya cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…”

Tindakan pantas dan berani itu dilakukan demi mengelakkan kejadian serupa berulang. Bagi Puan Anis, keselamatan anak jauh lebih penting daripada estetik perabot.

Dia turut menitipkan pesanan kepada para ibu bapa di luar sana agar lebih peka dengan perincian rekaan rumah, terutama jika ada anak kecil yang aktif.

“Kalau ada yang tengah guna atau terfikir nak beli sofa jenis ni, saya nasihatkan hati-hati. Nampak cantik tapi boleh mencederakan,” Puan Anis.

jenis sofa

Manik yang dah dicabut.

Kisah ini menjadi peringatan buat semua bahawa bukan semua yang cantik itu selamat, terutama dalam ruang yang dihuni oleh kanak-kanak.

Baca juga: Bukan HFMD, Bukan Demam Biasa – Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit KAWASAKI, Biji Mata Merah!

Sumber: Anis Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×