Euforia Bola 2026
Deko & Hias

5 ‘Sampah-Sampah Senyap’ Di Rumah Kita Yang Nampak Biasa, Tapi Bikin Otak Serabut Seharian!

punca stress

Rasa rumah makin sempit walaupun tak tambah perabot? Kadang-kadang bukan sebab rumah kecil, tapi sebab ada terlalu banyak barang yang kita simpan tanpa sedar. Benda-benda ini nampak macam tak mengganggu, tapi hakikatnya perlahan-lahan mencuri ruang, ketenangan, dan jadi punca stress seharian!

Inilah yang dipanggil ‘sampah-sampah senyap’ iaitu barang yang tak lagi digunakan, tapi tetap kita simpan kerana ‘sayang’, ‘kot-kot berguna’, atau sekadar terlupa.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

TAK SEDAR RUPANYA PUNCA STRESS SEHARIAN DATANG DARI 5 BARANG SENDIRI

punca stress

Foto: freepik

1. Kotak-kotak kosong

Kotak barangan elektrik, kotak kasut, kotak parcel online, semua ini kita simpan kononnya untuk ‘kegunaan kemudian hari’. Tapi berapa kerat saja yang betul-betul kita guna balik bukan?

2. Kasut

Kasut lama yang tapaknya haus, tali putus, tak selesa dipakai, atau yang kita dah tak suka semuanya duduk diam dalam rak atau bawah katil. Kita simpan sebab ‘sayang’, tapi tak pernah pakai pun. Kasut-kasut ini sebenarnya makan ruang dan menambah kesemakan visual.

3. Periuk nasi

Ya, betul. Periuk nasi yang dah lama rosak atau tak digunakan sebenarnya boleh dibuang dan tak perlu diperbaiki. Bila dapur sempit dan susah nak kemas, benda-benda inilah yang jadi puncanya.

4. Pinggan melamin lama yang sumbing

Pinggan lama yang dah berubah warna, tercalar atau ada sumbing masih kita simpan kononnya ‘kalau ada tetamu ramai’. Tapi hakikatnya, ia dah tak selamat digunakan. Selain boleh sebabkan luka, pinggan ini juga menyimpan bakteria dalam celah retak.

5. Pakaian

Ini paling ramai buat iaitu simpan baju yang dah lama tak muat, baju lusuh, baju koyak, atau baju yang kita harap boleh pakai balik ‘nanti’. Tapi tahun demi tahun, baju itu tetap tergantung atau berlipat tanpa disentuh.

punca stress

Foto: freepik

Kadang-kadang, rasa semak dalam hidup kita bukan datang dari luar, tapi dari barang-barang yang kita tak sedar sedang membebankan minda dan ruang. Ini semua adalah ‘sampah senyap’ bukan kerana kotor, tapi kerana tidak lagi beri nilai. Bila kita belajar lepaskan, kita beri ruang pada ketenangan.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Tiktok @puansrihartini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×