Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi Terjatuh Dari Baby Walker Hingga Retak Tempurung Kepala, Risiko Yang Ramai Tak Perasan

baby walker

Menerusi laman aplikasi media sosial Dr Redza Zainol, beliau berkongsi kisah mengenai bahaya baby walker selepas seorang bayi terjatuh di tangga.

Kejadian yang nampak sekejap itu sebenarnya meninggalkan kesan serius apabila terdapat pendarahan dalam otak dan retak pada tempurung kepala bayi tersebut.

Baca juga: “Dia Suruh Aku Tukar”- Akibat Terpengaruh Ajakan Rakan Game Online, Remaja 15 Tahun Hampir Terpesong Akidah?

BAHAYA BABY WALKER, ANAK JATUH SAMPAI PENDARAHAN OTAK

BABY WALKER

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga. Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.

“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik.

“Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna. Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker,” jelasnya.

Selain daripada kes jatuh, ramai bayi dikejarkan ke hospital kerana tersepit atau melecur ketika menggunakan baby walker. Statistik menunjukkan risiko kecederaan serius pada bayi semasa menggunakan alat ini adalah tinggi.

Di Kanada, penggunaan baby walker telah diharamkan sepenuhnya dan menurut American Academy of Pediatrics (AAP), baby walker tidak sepatutnya digunakan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Salah satu cadangan AAP yang disyorkan adalah penggunaan play yards atau playpens. Dengan cara ini, ibu bapa boleh menyediakan satu ruang selamat untuk bayi yang sudah pandai duduk, merangkak, menyelar atau berdiri. Bayi tidak akan dapat bergerak ke tangga, bawah meja atau kawasan dapur tanpa pengawasan ibu bapa.

Selain memastikan keselamatan, ruang ini juga membolehkan bayi bermain dengan permainan yang disediakan. Adik-beradik yang lebih besar juga boleh berkongsi ruang bermain dengan selamat. Walaupun tidak menggunakan baby walker, pemantauan tetap perlu supaya anak kecil sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Perkongsian ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai risiko penggunaan baby walker dan alternatif selamat yang boleh diamalkan di rumah.

Bantu sebarkan maklumat penting ini kepada ibu bapa lain, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil. Keselamatan anak adalah tanggungjawab bersama.

Baca juga: Dr Fie Pilih Bagi Anak Makan Sendiri (BLW) Seawal 6 Bulan, Manfaatnya Bantu Perkembangan Si Kecil Lebih Baik

Sumber: Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×