Euforia Bola 2026
Asuh

4 Bahaya Asap Bunga Api Ini Boleh Ancam Kesihatan Anak-Anak! Ibu Ayah Jangan Ambil Ringan

bahaya asap mercun

Musim perayaan sememangnya meriah dengan percikan bunga api yang mencantikkan langit malam. Namun di sebalik keindahan tersebut, tersembunyi satu risiko yang sering dipandang ringan iaitu bahaya asap mercun dan bunga api terhadap kesihatan, khususnya kanak-kanak.

Jangan Ambil Ringan! Bahaya Asap Bunga Api & Mercun Boleh Jejaskan Pernafasan Anak

Baca lagi: Kasihan Bayi Dalam NICU, Netizen Kecam Tindakan Orang Tidak Bertanggungjawab Main Mercun Belakang Hospital!

BAHAYA ASAP MERCUN DAN BUNGA API

bahaya asap mercun

Foto: Facebook Penolong Pegawai Perubatan

Ramai ibu bapa mungkin menganggap asap itu sekadar berbau kuat, tetapi hakikatnya ia mengandungi bahan toksik yang boleh memberi kesan serius kepada sistem pernafasan anak kecil. Lebih membimbangkan, paru-paru kanak-kanak masih dalam fasa perkembangan dan jauh lebih sensitif berbanding orang dewasa.

Antara bahaya yang terdapat dalam bunga api dan mercun terhadap kanak-kanak ialah:

  1. Asap bunga api ada partikel halus (PM2.5) yang boleh masuk jauh ke dalam paru-paru. Ia boleh sebabkan radang dan mencetuskan serangan asma.
  2. Warna bunga api datang daripada logam seperti strontium, barium dan kuprum. Bila terbakar, ia melepaskan bahan kimia yang boleh merengsakan tekak, hidung, paru-paru dan beri kesan pada sistem saraf jika terdedah lama.
  3. Bau kuat bunga api berasal daripada gas sulfur dioksida. Gas ini boleh sempitkan saluran pernafasan dan sebabkan batuk, nafas berbunyi serta sesak dada.
  4. Habuk bunga api boleh menyebabkan mata jadi merah, gatal dan berair. Manakala, kulit sensitif seperti ekzema boleh jadi lebih gatal.

TIPS LINDUNGI ANAK DARIPADA ASAP MERCUN

bahaya asap mercun

Foto: Gemini AI

Bagi mengurangkan risiko, ibu bapa disarankan mengambil langkah pencegahan berikut:

  • Pastikan anak berada pada jarak selamat dan kawasan terbuka
  • Elakkan berada terlalu lama dalam persekitaran berasap
  • Gunakan pelitup muka jika perlu, terutama di kawasan sesak
  • Mandikan anak dan tukar pakaian selepas aktiviti
  • Pastikan inhaler sentiasa tersedia bagi kanak-kanak asma

Sekiranya anak menunjukkan tanda seperti bibir kebiruan, pernafasan laju atau batuk yang tidak berhenti, segera dapatkan rawatan di hospital. Keadaan paru-paru kanak-kanak boleh merosot dengan cepat tanpa rawatan awal.

Kesimpulannya, bunga api dan mercun mungkin menceriakan suasana, tetapi keselamatan anak-anak perlu sentiasa diutamakan. Sedikit langkah berjaga-jaga mampu mengelakkan risiko besar kepada kesihatan mereka.

Baca lagi: Padah Main Mercun Tanpa Pengawasan Dalam Rumah, Budak 4 Tahun Putus Beberapa Jari!

Sumber: Facebook Penolong Pegawai Perubatan 

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×