Pengguna tegar laman sosial media pasti kenal dengan pelakon bernama Datin Atikah Suhaime yang sering berkongsikan video masak dan ‘mukbang’ bukan? Terbaharu, Atikah telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Mac lepas dan bayi diberikan nama Lyla Mulan Teh.
Jadi, bermulalah perjalanan berpantang selepas bersalinnya namun perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen yang ‘terpaling tahu’.
Baca juga: Ibu Perlukan Amalan Berpantang Yang Tenang, Ini Apa Yang Boleh & Tak Boleh Buat
ATIKAH SUHAIME KONGSI VIDEO BERPANTANG, NETIZEN KOMEN ‘PALING TAHU SEMUA’

Sebelum ini Atikah pernah memberitahu bahawa dia bersalin secara induce dan mengambil epidural bagi mengelakkan trauma selepas bersalin. Jelasnya, dia terpaksa bersalin menggunakan kaedah itu kerana sukar untuk pantau pergerakan bayinya ketika dalam kandungan.
Namun, di sebalik kegembiraan yang dikongsikan itu, ada pula netizen yang meninggalkan komen mempersoalkan tindakan Atikah yang memilih untuk mengambil epidural kerana mendakwa ia akan memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Lagi sekali dalam video perkongsian berpantang dengan mengambil pakej selama 28 hari dari Confinement Lady (CL), situasi Atikah turut dibandingkan dengan beberapa netizen yang memberitahu apa yang betul dan apa yang tidak. Dilihat dalam video tersebut, Atikah melalui proses bertungku dan sauna untuk menghilangkan kelenguhan badan dan banyakkan susu namun, komen netizen berbeza pula…
“Maaf sekadar perkongsian atikah. Di awal bersalin tidak digalakkan bersauna sebeb kita dah hilang darah banyak, air dalam badan kurang takut dehidration. Saya pun CL,” netizen.
“Assalam Datin. My 2 cent experience. Pakai bengkung dari bawah naik keatas. The reason untuk support peranakkan supaya naik dan kembali ke kedudukkan asal,” netizen.
CL JAWAB SEMULA
@atikahsuhaimeeee 1st day Pantang! Tika amek package 28 hari. You all pantang macam mana? #fyp #pantang #pantangjawa #bertunku #tangas @cassiaconfinementcare ♬ Cerita Rindu – Monica Christiana & Fiersa Besari
Selain netizen lain yang berpihak kepada Atikah dengan mengatakan lain orang lain caranya, pihak CL yang digunakan oleh Atikah pun tampil meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa semua proses berpantang tradisional ini boleh dilakukan sekiranya betul.
“Boleh je sis…yang penting jangan lama dalam sauna dan suhu jangan panas sangat serta dan minum air banyak,” jawab CL.
Lain orang lain pengalamannya dak tak perlu dibandingkan. Yang penting adalah lalui proses berpantang secara selamat untuk kembalikan kesihatan badan serta banyakkan susu untuk si kecil. Kalau dah ada ‘bajet’ yang besar, tak salah kalau nak bayar pakej berpantang yang berkualiti bukan?
Sumber: Tiktok @atikahsuhaimeee
