Nama pelakon Datin Atikah Suhaimie sering menjadi bualan ramai kerana sering memaparkan konten ‘mukbang’ di laman media sosialnya. Malah, pelakon ini juga sering dipuji kerana rajin dan pandai memasak.
Terbaharu, dia memuat naik video dirinya menerima bungkusan barangan keperluan bayi yang dibeli menerusi pembelian dalam talian dan perkongsian ini mendapat pujian dari netizen!
Baca juga: Bukan Mudah Guna Teknik ‘Gentle Parenting’, Uyaina Arshad Kongsi Hampir ‘Meletup’ Kalau Tak Sabar
BELI BARANG BAYI DARI ‘ONLINE’ JE, DATIN ATIKAH SUHAIMIE DIPUJI NETIZEN

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Atikah, atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34 tahun berkongsi dirinya kelihatan gembira dengan hasil pembeliannya walaupun ia tidak berjenama mewah.
Meniti hari untuk kelahiran puteri sulung, Datin Atikah Suhaime dengan rasa gembira menunjukkan antara barangan bayi yang telah dibeli sebagai persiapan adalah seperti pakaian, lampin dan barangan mandian bayi. Sudah semestinya, ramai dalam kalangan netizen yang memuji sikapnya yang ‘humble’ kerana tidak berbelanja mewah seperti orang lain yang membeli baju bayi berharga ribuan ringgit.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri beliau yang bersederhana dalam berbelanja meskipun hidup dalam keadaan mewah. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Antara artis yang kahwin dengan orang kaya tapi masih berbelanja macam orang biasa. Love sangat.”
“Kalau tengok anak artis lain semua baju brand luar negara tapi Tika sangat merendah diri. Semoga Allah permudahkan urusan Tika bersalin nanti.”
“Tengok dia pun tak kisah shopping dalam TikTok je. Humble betul.”
“Dia Datin pun beli kat TikTok je. Yang biasa biasa ni kemain shopping mall,” komen dari netizen.
@atikahsuhaimeeee Things I buy to prepare baby arrival. Apa lagi yg tika lupa? #fyp #babytiktok #pregnantlife #muslinswaddle ♬ เสียงต้นฉบับ – John (Songs Station) – สุขภาพดีกับเภเบิร์ด
Untuk pengetahuan anda, Atikah Suhaime mendirikan rumah tangga bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, pada Januari tahun lalu. Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.
Sumber: Tiktok @atikahsuhaimeeee
