Siapa sangka, usaha seorang ayah untuk membantu anaknya menguasai Matematik akhirnya mencetuskan sebuah inovasi yang mendapat pujian ramai. Pelakon popular, Ungku Ismail Aziz, baru-baru ini mencuri tumpuan apabila memperkenalkan aplikasi Power Congak.
Aplikasi yang mendapat pujian ramai ini dicipta khas untuk memudahkan kanak-kanak memahami subjek Matematik!
Baca juga: 19 Aplikasi AI WAJIB Untuk Pelajar & Guru ‘Save’ Supaya Mudahkan Tugas, Jadi Lebih Kreatif!
UNGKU ISMAIL CIPTA APLIKASI ‘POWER CONGAK’ BANTU ANAK-ANAK MINAT MATEMATIK

Foto: Ungku Ismail semasa sesi LIVE menerangkan tentang Power Congak.
Ungku Ismail, yang juga bekas pelajar Mechanical Engineering di University of Strathclyde, Scotland mendedahkan bahawa idea mencipta aplikasi tersebut lahir daripada keprihatinannya terhadap anak lelaki tercinta, Ibrahim. Dia mengakui bahawa Matematik sering dianggap mencabar oleh kebanyakan pelajar kerana memerlukan ketelitian.
“Saya nak Ibrahim buat latihan Matematik setiap hari. Tapi kalau guna buku semata-mata, cepat bosan. Jadi saya fikir, kenapa tidak cipta aplikasi sendiri yang lebih interaktif?” ujar pelakon berusia 40 tahun itu.
Pada mulanya, aplikasi ini dikenali sebagai Yim Genius iaitu gabungan nama timangan anaknya dan semangat untuk menjadi bijak. Namun kini, ia dikenali sebagai Power Congak, aplikasi yang direka untuk menjadikan congak satu aktiviti yang menyeronokkan.
“Matematik ni sebenarnya tak susah. Kuncinya satu je, buat latihan. Lagi banyak buat, lagi mahir kita,” jelas Ungku yang turut menekankan bahawa tiada jalan pintas untuk menguasai subjek ini.
Animasi & ‘Mini Game’ Jadi Tarikan Utama

Foto: Aplikasi Power Congkak
Menariknya, Power Congak bukan sekadar aplikasi biasa. Ia hadir dengan animasi menarik dan elemen audio interaktif, menjadikannya seperti permainan video yang mampu menarik perhatian kanak-kanak.
“Saya ada asas buat video game, jadi saya gabungkan ilmu tu dalam Power Congak. Hasilnya, Ibrahim seronok guna apps tu. Tak sedar pun dia sebenarnya tengah belajar. Sampai satu tahap, dia boleh congak tiga angka dalam masa 10 saat — dan menang johan congak dekat sekolah!” kongsinya bangga.
Video yang dimuat naik ke TikTok kini mencecah lebih 900,000 tontonan, dan dipenuhi komen-komen positif. Rata-rata netizen memuji inisiatif Ungku Ismail, menyifatkannya sebagai langkah bijak untuk membantu generasi muda memahami Matematik dengan cara lebih santai dan interaktif.
Ada juga yang baru mengetahui kewujudan aplikasi tersebut dan menyatakan minat untuk memuat turunnya buat anak masing-masing. Untuk yang berminat, aplikasi Power Congak boleh dimuat turun secara percuma menerusi:
1. App Store (pengguna Apple)
2. Google Playstore (pengguna Android)
@nad.zainal Jom download POWER CONGAK ,bagi anak latihan tiap hari , baru cerdas otak mereka Yem akan buat sebelum ke sekolah dan selepas balik sekolah lepastu proceed buat latihan buku untuk semua subjek cara ini untuk elakkan dia tengok TV atau minta main game #powercongam ♬ original sound – Nad Zainal
Baca lagi: Top 5 Aplikasi Chatbot AI PERCUMA Untuk Cikgu Guna, Catit Minit Mesyuarat Sekelip Mata!
Sumber: Tiktok @nad.zainal, Tiktok @maskulinmy
