Dalam era digital yang semakin pesat, teknologi dalam aplikasi AI bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan. Daripada membantu pelajar memahami konsep sukar, hinggalah memudahkan guru merancang pengajaran, AI kini menjadi alat bantu belajar yang sangat berkesan.
Oleh itu, ini perkongsian dari Wan Muhd Ali yang menyenaraikan pelbagai aplikasi AI direka khusus untuk pelajar dan guru, lengkap dengan fungsi unik masing-masing.
Baca juga: Top 5 Aplikasi Chatbot AI PERCUMA Untuk Cikgu Guna, Catit Minit Mesyuarat Sekelip Mata!
SENARAI APLIKASI AI UNTUK KEGUNAAN GURU DAN PELAJAR

Foto: Freepik
Sama ada anda seorang pelajar yang ingin belajar dengan lebih cekap, atau guru yang mahu memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan pengajaran, senarai ini pasti berguna untuk anda.
#Untuk PELAJAR
1. Pembelajaran & Penjelasan
• Khanmigo – Tutor AI dari Khan Academy, bantu faham Matematik, Sains & Bahasa.
• Socratic by Google – Ambil gambar soalan, AI bantu jawab & terangkan.
• Photomath – Ambil gambar soalan math, AI tunjuk jalan kira siap langkah.
• Quillionz – AI hasilkan kuiz dari nota, sesuai untuk ulangkaji.
2. Karangan & Penulisan
• Grammarly – Semak grammar & gaya penulisan.
• Quillbot – Parafrasa ayat & ringkaskan teks.
• Scribbr – Semak plagiarisme & bantu tulis esei akademik.
3. Nota & Ulangkaji
• ChatGPT – Tanya soalan bab Sains, Sejarah, apa saja. AI boleh terang.
• Notion AI – Buat nota ringkas, flashcard, to-do list ulangkaji.
• StudySmarter – AI bantu cipta nota, kuiz & flashcard dari buku teks
#Untuk GURU
1. RPH & Aktiviti Kelas
• Eduaide.AI – Buat RPH, kuiz, tugasan, rubrik & aktiviti interaktif.
• LessonPlans.ai – Hasilkan pelan pengajaran ikut tahap pelajar.
• MagicSchool.ai – 50+ tools AI untuk guru! (surat ibu bapa, worksheet, dsb.)
2. Kuiz & Penilaian
• Quizizz AI – Bina kuiz automatik ikut topik.
• Formative – Ujian & tugasan boleh dinilai automatik.
• Curipod – Buat pembentangan interaktif ikut objektif pelajaran.
3. Komunikasi & Urus Bilik Darjah
• TeachMateAI – Cipta surat rasmi, laporan murid & mesej ibu bapa.
• Tactiq – AI ambil nota masa meeting Google Meet/Zoom.
• SlidesAI – Tukar teks kepada presentation PowerPoint automatik.

Foto: Freepik
*Semoga bermanfaat untuk sistem pembelajaran yang ‘power’!
Baca juga: 8 Aplikasi AI Selain ChatGPT, Semuanya Percuma & Sangat Memudahkan Hidup!
Sumber: Wan Muhd Ali
