Aplikasi AI dikenali sebagai ‘Chatbot AI’ adalah program komputer yang direka untuk mensimulasikan perbualan dengan pengguna, sama ada melalui teks atau suara. Chatbot AI boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perkhidmatan pelanggan, pendidikan, e-dagang, dan banyak lagi.
Ini juga termasuklah para pendidik seperti guru di sekolah yang menggunakan kemudahan ini bagi melancarkan segala proses pembelajaran setiap hari. Buat anda yang pertama kali nak mendedahkan diri dengan aplikasi canggih sebegini, berikut merupakan 5 chatbot jadi pilihan ramai.
Baca juga: 8 Aplikasi AI Selain ChatGPT, Semuanya Percuma & Sangat Memudahkan Hidup!
TOP 5 APLIKASI AI CHATBOT YANG CIKGU-CIKGU BOLEH GUNA, MUDAHKAN URUSAN!

Foto: Freepik
Sesi persekolahan sudah bermula. Gunakan Chatbot AI PERCUMA yang dibuat khas untuk guru bagi memudahkan kerja-kerja kawan-kawan semua. Top 5 aplikasi yang dikongsikan ini sangat mudah untuk digunakan dan percuma!
1. Penulis Minit Mesyuarat
Menulis minit mesyuarat untuk guru dalam format yang teratur dan lengkap. Boleh klik LINK DI SINI.
2. Pembantu Minit Curai Guru
Membantu guru menulis minit curai mesyuarat dengan mudah. Boleh klik LINK DI SINI.
3. Pakar Kertas Kerja
Membantu membuat kertas kerja untuk program-program sekolah. Boleh klik LINK DI SINI.
4. Penulis Surat Rasmi
Membantu menulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu. Boleh klik LINK DI SINI.
5. AI Penulis Skrip Majlis Sekolah
AI pakar dalam menulis skrip pengacaraan majlis rasmi sekolah. Boleh klik LINK DI SINI.
*Ada banyak lagi aplikasi percuma yang dikongsikan oleh Teacher Vironica di laman Facebooknya. Bukan sahaja buat pendidik, sesiapa sahaja boleh mencuba aplikasi yang disenaraikan dengan klik link di bawah ya. Selamat mencuba!
Baca juga: Tular Gaji Cecah RM70k Sebulan, Ini 3 Kerjaya Berkaitan Kanak-Kanak Ada Demand Tinggi!
Sumber: Teacher Vironica
