Euforia Bola 2026
Famili

Anwar Titip Ucapan Hari Lahir, Janji Balas Surat Adik Nanang Yang Simpan Impian Jadi PM

BALAS SURAT

Kisah seorang murid berusia lapan tahun yang nekad menulis surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim terus meraih perhatian selepas Perdana Menteri itu sendiri tampil berjanji untuk balas surat berkenaan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar memuat naik momen sewaktu menerima surat daripada Syam Aariz Rayyan Abdullah atau mesra dipanggil Nanang ketika lawatannya ke Pulau Banggi.

Baca juga: 6 Selebriti Bergelar Ibu 50-an Ini Masih Jelita, Anggun & Bergaya Macam Anak Dara.. Usia Hanyalah Nombor!

PM ANWAR IBRAHIM JANJI BALAS SURAT ADIK NANANG

BALAS SURAT

Kredit: BERNAMA

Difahamkan, Nanang yang baru berusia lapan tahun sering menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana menyimpan cita-cita besar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Namun begitu, kanak-kanak tersebut tetap berani menulis surat kepada Perdana Menteri bagi meluahkan impian dan membuktikan kesungguhannya.

Dalam video berdurasi kira-kira 50 saat itu, Anwar turut berkongsi isi kandungan surat berkenaan selain berjanji akan mengutuskan surat balasan buat murid Sekolah Kebangsaan Karakit, Banggi tersebut.

“Terima surat daripada adik Nanang ketika di Pulau Banggi semalam. Ditanya bagaimana mahu jadi pemimpin. Insya-Allah nanti saya utus surat balas.

“Pesan saya sentiasa baca buku, sayang dan cium ibu ayah selalu. Dan selamat ulang tahun kelahiran buat Nanang,” ujar beliau lagi.

Pertemuan singkat antara Syam Aariz Rayyan dan Perdana Menteri pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi menjadi pengalaman yang cukup bermakna buat kanak-kanak itu.

Ibunya, Norsakinah Junaidi, 33, berkata mereka tiba seawal jam 8 pagi demi memastikan anaknya berpeluang bertemu sendiri dengan Anwar dan menyerahkan surat tersebut.

Menurutnya, Nanang sendiri beria-ia mahu menulis surat selepas mengetahui Perdana Menteri akan datang ke Pulau Banggi.

“Saya bagitahu dia, ‘Perdana Menteri nak datang.’ Dia kata, ‘Mama saya nak tulis surat. Saya nak buktikan dengan kawan-kawan, dengan cikgu saya, sebab saya kata saya nak jadi Perdana Menteri diorang ketawakan saya.

“Jadi saya nak tulis surat, saya nak buktikan, saya nak hantar dekat Perdana Menteri. Tolonglah saya mama sampaikan surat saya ini kepada Perdana Menteri,” katanya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu apabila hasratnya untuk menyerahkan sendiri surat kepada pemimpin negara akhirnya tercapai.

Baca juga: Tarikh Hari Raya Aidiladha Bakal Ditentukan, Cerapan Anak Bulan Zulhijah Dibuat 17 Mei (Ahad)

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×