Euforia Bola 2026
Famili

Anak Tunggal Ustazah Sharifah Khasif Johan Tilawah Al-Quran, Legasi Diteruskan Dari Umur 10 Tahun!

USTAZAH SHARIFAH KHASIF

Abeer Widad Muhammad Hizal, anak tunggal kesayangan kepada pendakwah dan pengacara terkenal, Ustazah Sharifah Khasif, dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah (kategori perempuan) peringkat kebangsaan.

Lebih membanggakan, kejayaan ini diraih pada usia semuda 10 tahun dan merupakan satu pencapaian luar biasa yang menjadi bukti kecintaan mendalam terhadap al-Quran yang telah dipupuk sejak kecil.

Baca juga: Kejut Anak Bangun Pagi Macam ‘Perang’? Cuba Teknik Psikologi Ini, Ibu Ayah Pun Lebih Tenang

ANAK TUNGGAL USTAZAH SHARIFAH KHASIF JOHAN TILAWAH AL-QURAN

USTAZAH SHARIFAH KHASIF

Dalam satu hantaran di laman Instagram milik Ustazah Sharifah Khasif, dia meluahkan rasa penuh rendah hati dan kesyukuran dengan pencapaian anak tunggalnya itu.

“Alhamdulillah syukur atas izinNya, anakanda Abeer berjaya menjadi Johan Kebangsaan Sekolah-Sekolah Malaysia di usia 10 tahun. Rezeki Abeer dah tertulis. Yang lain tak kurang hebatnya. InsyaaAllah semoga legasi al-Quran tetap terus berkembang sehingga ke akhir hayat… Takbir!” jelasnya.

Abeer, atau nama penuhnya Abeer Widad Muhammad Hizal, bukan sahaja dikurniakan bakat besar dalam bidang hafazan dan tilawah, malah dikenali sebagai seorang anak yang sangat rapat dan manja dengan ibunya.

Sebagai satu-satunya anak kepada Ustazah Sharifah Khasif, Abeer membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang, ilmu dan bimbingan rohani.

Keakraban antara ibu dan anak ini jelas terpancar dalam setiap perkongsian mereka, menjadikan Abeer bukan sahaja permata hati ibunya, malah inspirasi kepada ramai kanak-kanak lain untuk mendekati al-Quran sejak awal usia.

USTAZAH SHARIFAH KHASIF

Kejayaan Abeer menjadi Johan bukan sekadar kemenangan di atas pentas, tetapi satu simbol kelangsungan legasi al-Quran yang diwarisi daripada ibunya sendiri, yang juga dikenali sebagai tokoh qariah dan pendakwah tersohor negara.

Perkongsian Ustazah Sharifah Khasif pastinya mendapat perhatian warganet dan rata-rata turut menumpang bangga dengan kejayaan itu. Mereka mendoakan agar kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian hebat Abeer di masa hadapan.

“Semoga Allah sentiasa memelihara anak ini dan menjadikan Abeer antara ahlul Quran yang diangkat darjatnya di dunia dan akhirat,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Jangan Ingat Anak Tak Pandai Akademik Tak Ada Masa Depan, Ini Laluan Untuk Diteroka!

Sumber: Instagram Sharifahkhasif_official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×