Euforia Bola 2026
Famili

Akibat Enggan Benarkan Rakan Meniru, Bapa Dedah Anak Alami Tekanan Emosi Kerana Dibuli!

TEKANAN EMOSI

Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Rembau dikatakan mengalami tekanan emosi selepas enggan membenarkan rakan sekelas meniru jawapannya semasa peperiksaan.

Perkara itu dikongsi oleh bapanya, Mohd Anas Sudin, yang memaklumkan bahawa anak perempuannya mula menjadi sasaran ejekan dan hinaan, termasuk digelar ‘kacip’, hingga menyebabkan dia hilang semangat untuk ke sekolah.

Baca juga: KPM Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin, Ibu Bapa Jangan Risau & Beri Kepercayaan

ANAK ALAMI TEKANAN EMOSI KERANA DIBULI SELEPAS TAK BAGI TIRU

TEKANAN EMOSI

“Pada mulanya, dia enggan berkongsi puncanya, namun selepas didesak beberapa kali, barulah dia memberitahu bahawa dia sering diganggu oleh rakan-rakan sekelas sejak insiden enggan membenarkan mereka meniru semasa peperiksaan,” jelasnya.

Sebelum ini, anaknya juga pernah mengadu kepada guru disiplin mengenai gangguan tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Mohd Anas percaya bahawa guru terbabit mungkin menganggap insiden ini perkara remeh, walhal ia memberi kesan mendalam kepada anaknya.

“Anak saya semakin hilang motivasi untuk belajar dan saya sendiri rasa terkesan melihat keadaannya. Saya dan isteri berbincang dan memutuskan untuk memohon pertukaran sekolah, namun proses itu agak rumit kerana pihak sekolah tidak memberi kerjasama dengan alasan guru besar tiada,” katanya.

Mohd anas bersyukur kerana permohonan pertukaran sekolah akhirnya diluluskan dan anaknya kini kembali ceria serta berminat untuk belajar.

“Selepas berpindah, anak saya nampak lebih gembira dan bersemangat. Apabila saya mendengar kisah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, ia mengingatkan saya kepada pengalaman anak saya. Walaupun hanya dibuli secara emosi, jika saya tidak bertindak dari awal, mungkin kesannya lebih buruk,” katanya.

Baca juga: Tangan Anak Shuib Melepuh Teruk Akibat Terkena Minyak Panas, Ibu Tiri Kongsi Detik Cemas…

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×