Euforia Bola 2026
Asuh

Bila Anak Tanya Maksud Bersetubuh, Jangan Terus Marah! Tapi Jawab Dengan Cara Ini…

MAKSUD PERSETUBUHAN

Sebagai ibu bapa, berhadapan dengan soalan-soalan sensitif daripada anak-anak merupakan satu cabaran yang tidak dapat dielakkan. Salah satu soalan yang kerap mengejutkan ibu bapa adalah apabila anak mula bertanya tentang maksud persetubuhan.

Situasi ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa, cemas atau malah panik, terutamanya jika ibu bapa tidak bersedia. Namun, soalan mengenai maksud persetubuhan itu sebenarnya menandakan bahawa anak mempercayai kita sebagai sumber maklumat yang utama dan selamat.

Baca juga: Anak Kurang Adab Dengan Orang Rupanya Salah Ibu Ayah Sendiri, Selalu Cakap 7 Ayat Ini!

BILA ANAK TANYA MAKSUD PERSETUBUHAN, INI JAWAPAN IBU AYAH

MAKSUD PERSETUBUHAN

Freepik

“Anak saya tanya apa itu persetubuhan. Sebab dia dapat tahu perkataan itu masa belajar tentang hadas
besar. Anak saya darjah 3,” tanya si ibu.

Menarik solan anak puan. Sebelum menjawab soalan anak, tolong jangan:

1. Marah anak

Siap nak cili mulutnya lagi. Kenapa tanya soalan macam tu? Kecil-kecil dah pandai!

2. Pass soalan pada pasangan

Pasangan pula pass kembali kepada kita. Akhirnya ubah topik yang lain. Siap pura-pura tidur lagi.

3. Diam, buat tak tahu

Buat-buat tak dengar soalan yang diajukan

4. Jawab anak kecil lagi

Anak tanya terus kata, awak kecil lagi. Dah besar nanti akan tahu sendiri.

Jika salah satu daripada 4 perkara di atas mak ayah lakukan, ini boleh mengakibatkan:

  • Anak tak akan tanya dah
  • Anak cari di Google
  • Kawan akan ajar
  • Belajar di internet
  • Anak tengok pornografi

Berbalik kepada soalan anak di atas, pertamanya syukurlah anak bertanya soalan ini kepada kita terus. Ini menandakan
masih ada kepercayaan dalam diri anak kepada kita.

Itu merupakan satu proses pembelajaran yang paling terbaik untuk ibu bapa terangkan dengan jelas, tidak melucah, tidak melawakkan dan paling penting berterus-terang.

Anak: Mama, apa itu bersetubuh?

*Sebelum menjawab, tanya dulu anak dengar perkataan itu dari mana. Biasanya perkataan bersetubuh ni dipelajari anak dari
subjek Pendidikan Islam dalam topik akil baligh, wuduk, mandi wajib, berhadas.**

Mama: Betul ke kakak nak tahu? (Tanya anak dulu)

Anak: Ya, mama. Tu sebab kakak tanya Mama

Mama: Ok, macam nii. Kakak tahu kan Allah ciptakan manusia ini berpasangan ada lelaki ada perempuan. Manusia pertama yang Allah ciptakan pun ada Adam dan ada Hawa. Apa yang membezakan lelaki dan perempuan ya kakak?

Anak: Suara. Tubuh badan. Kemaluan.

Mama: Ha, pandai. Yang membezakan jantina lelaki dan perempuan adalah kemaluannya. Macam kakak kan perempuan, jadi Allah berikan faraj/vagina. Lelaki macam Papa pula Allah berikan zakar/penis.

 Allah ciptakan kita berbeza jantina supaya sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin. Melalui perkahwinan, suami dan isteri dibenarkan untuk melakukan hubungan intim yang dipanggil sebagai bersetubuh.

Ingat, bila mak ayah cerita niatnya adalah untuk mendidik, bukan untuk melucah. Nak anak belajar dari kita atau belajar dari google hingga mereka terjebak dengan video lucah?

Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×