Euforia Bola 2026
Asuh

Susah Hati Bila Anak Tak Nak Makan, Ini Tanda Picky Eater atau Selective Feeding? Fahami Perbezaannya

anak susah makan

Dalam kalangan ibu bapa, istilah “anak susah makan” atau picky eater sering digunakan untuk menggambarkan kanak-kanak yang memilih makanan. Namun, tidak semua situasi makan yang terhad boleh dianggap sebagai fasa perkembangan biasa.

Dalam sesetengah keadaan, ia boleh menunjukkan isu yang lebih kompleks seperti selective feeding yang memerlukan perhatian lebih serius.

Baca juga: Tular Video Lelaki Dipercayai Warga Asing Kencing Di Eskalator MRT Titiwangsa, Netizen Desak Tindakan Tegas

ANAK SUSAH MAKAN? INI BEZA PICKY EATER DAN SELECTIVE FEEDING

anak susah makan

Foto: Gemini AI

Perbezaan ini penting difahami kerana ia bukan sekadar berkaitan selera makan, tetapi turut melibatkan aspek tumbesaran, perkembangan sensori, dan kesihatan emosi kanak-kanak.

Picky Eater ialah Fasa Sementara Kanak Kanak

Secara umum, picky eater merujuk kepada kanak-kanak yang:

  • Pilih makanan tertentu sahaja
  • Tolak sesetengah jenis sayur, buah atau tekstur
  • Mengalami fasa “mood makan” yang berubah-ubah

Namun, dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dalam kategori ini masih:

  • Mempunyai julat makanan yang agak pelbagai walaupun terhad
  • Membesar secara normal dari segi berat dan ketinggian
  • Boleh diperkenalkan kepada makanan baharu secara berperingkat

Dari sudut perkembangan kanak-kanak, keadaan ini sering dianggap sebagai fasa sementara yang boleh berubah dengan pendedahan makanan secara konsisten.

Selective Feeding Pula Lebih Daripada Sekadar Memilih Makanan

Berbeza dengan picky eater, selective feeding merujuk kepada keadaan yang lebih serius apabila tabiat makan mula menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian kanak-kanak.

Antara ciri yang boleh diperhatikan termasuk:

  • Hanya makan jenis makanan yang sangat terhad (contohnya 3–5 jenis sahaja)
  • Menolak makanan berdasarkan tekstur, bau atau rupa dengan reaksi melampau
  • Muntah, gagging atau ketakutan apabila mencuba makanan baharu
  • Menangis atau menunjukkan tekanan emosi ketika waktu makan
  • Pertumbuhan berat badan yang perlahan atau menurun

Dalam konteks klinikal, keadaan ini boleh dikaitkan dengan isu seperti trauma makan seperti pernah tercekik atau gangguan makan seperti Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder (ARFID).

Bila Ibu Bapa Perlu Lebih Berhati-hati?

anak susah makan

Foto: Gemini AI

Tanda bahaya pada anak yang memerlukan ibu bapa perlu apabila:

  • Berat badan tidak meningkat atau menurun
  • Diet sangat terhad dan tidak berkembang
  • Kerap muntah atau menunjukkan ketakutan terhadap makanan
  • Keletihan, pucat atau kurang aktif
  • Waktu makan menjadi sumber konflik berterusan dalam keluarga
  • Terdapat isu perkembangan atau sensori lain

Jika tanda-tanda ini berterusan, intervensi awal amat penting bagi mengelakkan komplikasi nutrisi dan emosi.

Langkah yang Boleh Diambil Untuk Elak Anak Susah Makan

Pengurusan tabiat makan kanak-kanak perlu dilakukan secara betul dan tidak berasaskan paksaan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. Ajar dengan tenang dan tidak memaksa

Elakkan paksaan, ugutan atau tekanan semasa waktu makan kerana ia boleh membentuk trauma terhadap makanan.

2. Pendedahan berulang (repeated exposure)

Perkenalkan makanan baharu dalam kuantiti kecil secara konsisten tanpa tekanan untuk menghabiskannya.

3. Model tingkah laku

Ibu bapa digalakkan makan bersama anak sebagai contoh positif.

4. Kawalan snek dan susu

Elakkan pengambilan snek atau susu berlebihan sebelum waktu makan utama.

Tabiat makan yang memilih tidak semestinya menunjukkan masalah besar, namun ibu bapa perlu peka terhadap tanda yang menunjukkan keadaan lebih serius.

Perbezaan antara picky eater dan selective feeding bukan sekadar istilah, tetapi penentu kepada keperluan intervensi awal.

Waktu makan seharusnya menjadi ruang membina hubungan positif dalam keluarga, bukan medan tekanan yang berulang setiap hari.

Baca juga: 42 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Pasangan Ini Tetap Bahagia & Setia Hidup Berdua

Sumber: Facebook Public Health Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×