Euforia Bola 2026
Famili

Mak Ayah Kena ‘Scan’ 10 KRITERIA Ini Bila Anak Perempuan Bawa Balik Calon Menantu

salah pilih suami

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes seorang suami menolak isterinya terjun ke dalam gaung selepas mengumpan kononnya mereka akan pulang ke kampung. Wanita yang sudah salah pilih suami ini terselamat apabila dirinya sendiri merangkak dari gaung ke bahu jalan.

Perbuatan suami ini mendapat kecaman dari netizen dengan mengatakan dia sudah tidak waras untuk meneruskan hubungan perkahwinan tersebut. Jadi, ini menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana yang masih mempunyai anak perempuan bujang supaya jangan lalai dalam pemilihan suami buat anak-anak.

Baca juga: Jodoh Adalah Takdir Bukan Qadar, Buat Yang Masih Mencari…Ini Cara Untuk Ikhtiar!

MAK AYAH KENA NASIHAT ANAK PEREMPUAN JANGAN SALAH PILIH SUAMI ‘GILA’!

salah pilih suami

Foto hiasan.

Berikut merupakan panduan dan doa yang boleh diamalkan oleh mak ayah dan wanita bujang supaya dikurniakan jodoh/suami yang baik dari Ustaz Nik Affenddy.

Saya sebagai ayah, suami dan juga penceramah motivasi, selalu saya risaukan jika pelajar perempuan salah memilih pasangan hidup untuk dijadikan suami nanti. Antara nasihat yang pasti saya ulang dan ulang ialah JANGAN SILAP PILIH SUAMI bila nak kahwin nanti.

Yang jenis panas baran, kaki pukul, kaki lepak, main dadah, main judi dan malas berkerja ni, TOLAK JAUH-JAUH! Reject terus! Jangan bagi can walau dia ada rupa dan ada harta. Jauhkan diri. Tapi tak mudah. Bila bercinta, semuanya boleh dilakonkan.

Sebab tu saya pesan juga, kena doa dari sekarang biar Allah berikan jodoh yang baik, lembut, jujur dan bertanggungjawab. Kenapa kena doa dari sekarang? SEBAB KITA TAK TAHU WAKTU MANA ALLAH AKAN MAKBULKAN DOA KITA. Bukan anak je kena doa, mak ayah pun wajib doa dan sama-sama usaha dan doa.

Doa sungguh-sungguh kepada Tuhan. Juga perbaiki diri menjadi lebih baik. Berkawan dalam “circle” yang baik-baik. Dan serahkan kepada Allah jodoh yang baik. Bila si perempuan dapat suami baran dan kaki pukul, kesian perempuan tu. Hidupnya pasti sengsara. Susah nak keluar dari ‘penjara’ yang sengsara. Amalkan doa ini ya sebagai ikhtiar.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat. Saya juga ada 2 anak perempuan. Moga Allah berikan imam terbaik kepada mereka nanti. Amin.

PANDUAN UNTUK MAK AYAH BILA DAH ADA CALON MENANTU

salah pilih suami

Foto hiasan.

Mak ayah, jangan serahkan sepenuhnya pemilihan pasangan kepada anak. Walaupun kita tak nak masuk campur sangat, tapi jangan pula lepas tangan. Lakukan perkara-perkara ini:

1. Kenal calon pasangan anak kita dengan mendalam. Bukan hanya kenal biasa-biasa.

2. Ambil masa “spend time” dengan dia untuk kita kenal hati budi dia. Bukan anak je nak kenal hati budak bakal pasangan dia, kita pun kena buat juga. Eloknya bukan ketika ada anak. Hanya kita dan dia sahaja.

3. Perhatikan sewaktu keluar bersama tu, perangai spontan dia, komunikasi dia, tingkah laku dia dan sebagainya. Banyak benda kita boleh tengok depan mata.

4. Lebih banyak waktu kita spend, lebih banyak benda kita boleh nampak. Mudah nampak “true colour” dia macam mana.

5. Tengok juga macamana dia atasi masalah, kesulitan dan kesukaran. Mudah marah? Hilang pertimbangan? Tak waras? Semua boleh tengok depan mata.

6. Walaupun dunia sekarang makin maju serba serbi, tapi mak ayah tetap kena masuk campur walau sedikit. Jangan serahkan sepenuhnya kepada anak-anak.

7. Biarlah orang nak cakap ibu bapa kuno pun, asalkan anak-anak kita selamat di tangan orang yang betul.

8. Rasa leceh nak buat? Rasa benda ni simple? Ok, siap sedia lihat anak merana.

9. Sanggup bela anak bertahun-tahun akhirnya sekelip mata hancur masa depan di tangan lelaki durjana?

10. Kembali kepada apa yang Islam ajarkan.

*Apa yang penting dalam setiap perhubungan itu adalah mendapatkan restu orang tua. Inilah yang menjamin kebahagiaan rumah tangga anda..

Baca juga: Cara Layan Pasangan Panas Baran & Selalu Naik Tangan, Sebelum Kahwin Tak Macam Ini…

Sumber: Ustaz Nik Affenddy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×