Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya mengalami patah tangan akibat dihempap oleh gurunya yang terjatuh, namun tiada wakil sekolah tampil meminta maaf atau menjenguk mangsa walau sekali.
Peristiwa yang berlaku dalam suasana pembelajaran itu kini tular di media sosial selepas bapa mangsa tampil mendedahkan kisah sebenar.
Anak Patah Tangan Dihimpit Guru, Bapa Kecewa Sekolah Tak Ambil Peduli

Insiden yang berlaku ketika sesi persekolahan itu menyebabkan tulang humerus anak kecilnya patah dan terpaksa menjalani pembedahan segera bagi menstabilkan tulang menggunakan dua batang logam.
“Ramai sangka Hafiya jatuh sendiri. Tapi sebenarnya, cikgu dia yang jatuh lalu terhempap atas Hafiya. Bayangkan, sampai patah tulang humerus… patutlah dia meraung kesakitan,” ujar Adam Mukhriz, bapa kepada kanak-kanak malang itu dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut Adam, sejurus kejadian berlaku, guru berkenaan hanya menghantar pesanan ringkas menerusi WhatsApp kepada isterinya untuk memohon maaf, namun tiada sebarang usaha daripada pihak sekolah untuk hadir atau bertanya khabar.
“Saya tak nampak Hafiya di belakang…”
Dalam mesej yang dikirim, guru tersebut memohon maaf dan menjelaskan bahawa kejadian berlaku tanpa sengaja ketika beliau terjatuh tanpa menyedari kehadiran Hafiya di belakangnya.

“Assalamualaikum kak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Bila saya nak pusing, Hafiya pegang kaki saya. Saya hilang imbangan dan terjatuh ke belakang. Betul ke tangan Hafiya patah? Maaf sangat-sangat ya kak…”
KECEWA SIKAP ACUH TAK ACUH

Perbualan bersama guru.
Walaupun ibu bapa Hafiya dilihat cuba memahami bahawa kejadian itu berlaku tanpa niat, namun kekecewaan mereka terhadap sikap acuh tak acuh pihak sekolah jelas terasa.
“Tak mengapa cikgu, perkara dah jadi. Esok doktor nak masukkan dua dawai pada tulang humerus yang patah,” balas ibu Hafiya dengan nada reda namun masih berbekas pilu.
Beberapa imej X-ray yang dikongsi menunjukkan dengan jelas kecederaan serius pada tulang bahu Hafiya, yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di hospital. Adam turut menyuarakan kekecewaannya apabila tiada seorang pun pihak sekolah hadir menziarahi anaknya atau menunjukkan keprihatinan, seolah-olah tiada rasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
“Sekadar mesej WhatsApp saja? Kami harapkan sedikit empati… tapi langsung tiada,” luah Adam penuh kesal.
*Sekurang-kurangnya pihak sekolah boleh datang jenguk murid kan….
Sumber: Adam Mukhriz
