Baru-baru ini, Mustika adik Sajat Kamaruz Zaman telah berkongsi satu rakaman video yang memperlihatkan anak perempuannya, Lisa, 9 tahun, dimarahi oleh beberapa orang guru ketika berada di kantin sekolah.
Video tersebut, yang kini telah mencecah lebih 100,000 tontonan, menimbulkan kemarahan orang ramai kerana tindakan guru-guru tersebut yang dianggap tidak beretika dalam menangani isu melibatkan pelajar.
MUSTIKA ADIK SAJAT KONGSI VIDEO ANAK KENA ‘BULI’ DENGAN CIKGU, NANGIS TERSEDU-SEDU

Kejadian yang berlaku pada 4 Mac itu menyebabkan Lisa pulang ke rumah dalam keadaan sangat sedih dan menangis teresak-esak. Menurut ceritanya, dia telah dikelilingi oleh empat orang guru dan dimarahi di hadapan pelajar-pelajar lain ketika berada di kantin sekolah.
Apa yang boleh dilihat dalam rakaman berkenaan, seorang guru menyuruh Lisa memberitahu ibunya sendiri jika tidak mahu hadir ke sekolah, bukannya menuding jari kepada guru-guru lain.
Mustika turut meluahkan rasa kecewa apabila usahanya untuk berbincang dengan para guru terbabit langsung tidak mendapat respon. Apa yang lebih menyakitkan hati, seorang guru menghantar video kepada Mustika yang menunjukkan bagaimana mereka memarahi Lisa secara berkumpulan. Ini merupakan sesuatu yang pastinya memberi kesan mendalam terhadap emosi anaknya yang masih kecil.
Mesej tidak dibalas, tiada penjelasan daripada pihak sekolah

Foto mesej perbualan ibu Lisa dan guru.
Insiden itu membuatkan Lisa trauma dan hilang keyakinan untuk ke sekolah semula. Dia juga sudah mula membenci mata pelajaran yang sebelum ini menjadi kegemarannya. Hingga ke hari ini, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh pihak sekolah mahupun guru-guru yang terlibat kepada Mustika mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Insiden tular ini turut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen terutamanya ibu bapa yang berpendapat bahawa murid tidak sepatutnya dimarahi secara terbuka oleh guru. Tindakan menengking, mengepung, merakam video tanpa izin, dan menghantar rakaman itu kepada ibu murid dianggap sangat tidak profesional dan menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut.
Sepatutnya guru memanggil murid secara berhemah dan berbincang secara peribadi, bukan secara beramai-ramai di tempat awam.
Malah, akibat kejadian itu, Lisa yang pernah menerima Anugerah Lonjakan Saujana mengalami trauma yang mendalam, hilang minat terhadap subjek Bahasa Melayu yang dahulunya digemarinya, dan tidak hadir ke sekolah selama sebulan. Ibunya terpaksa mengambil keputusan untuk menukar sekolah demi menjaga emosi dan keselamatan anaknya.
Video penuh:
View this post on Instagram
*Beginikah cara guru mendidik anak bangsa?
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
Sumber: Mohd Fadhli Salleh, Instagram @must1ka5
