Euforia Bola 2026
Didik

3 Tahap Rotan Dalam Islam Yang Ramai Terlupa, Ingat…Rotan Dengan Kasih Sayang Bukan Amarah

rotan anak

Ada masa, bila anak buat salah hati kita sebagai ibu bapa penuh dilema. Mahu rotan anak atau nak marah atau biarkan saja? Hal ini kerana, kajian moden memang banyak mengingatkan bahawa hukuman fizikal boleh memberi kesan emosi kepada anak hingga terbawa ke alam dewasa.

Namun, dalam budaya kita, rotan itu sudah sebati dan dianggap sebagai tanda disiplin, tanda kita sayang, dan tanda kita mahu anak belajar.

Baca juga: Fenomena ‘Agungkan’ Watak Syaitan K-Pop Demon Hunters, Bapa Dedah Maksud Tersirat Boleh Terpesong!

BILA MARAH BERTEMU KASIH, INI 3 TAHAP ROTAN ANAK DALAM ISLAM

rotan anak

Bezanya, Islam tidak pernah menjadikan rotan sebagai alat melepaskan marah. Sebaliknya, rotan yang mendidik mesti datang bersama kasih dan bukan dendam.

Rotan di tapak tangan atau punggung (di luar pakaian), sekali dua sudah memadai. Paling penting, ibu bapa perlu terangkan kenapa hukuman itu diberi, dan selepas itu peluklah anak. Supaya mereka tahu, kita tidak membenci dirinya… kita hanya menolak kesalahannya.

Kerana akhirnya, anak-anak tidak akan ingat peritnya rotan, tetapi yang mereka simpan di hati adalah hangatnya pelukan selepas itu.

NAK ROTAN BOLEH TAPI ADA SYARAT….

rotan anak

Foto hiasan.

Dalam Islam, penggunaan rotan untuk mendidik anak ada panduan yang jelas. Ulama menjelaskan bahawa ia hanya boleh dilakukan dengan penuh kasih sayang dan melalui beberapa tahap:

1. Teguran Lisan (Nasihat & Ingatan)

Mulakan dengan menasihati, menegur, dan memberi tunjuk ajar dengan kata-kata yang lembut. Anak perlu faham terlebih dahulu apa kesalahannya.

2. Didikan Dengan Cara Lain (Bimbingan & Latihan)

Jika teguran tidak berkesan, gunakan pendekatan lain seperti menegur dengan lebih tegas, memberi tanggungjawab, atau mengasingkan seketika (time-out) supaya mereka belajar mengawal diri.

3. Rotan Dengan Syarat

Jika semua cara tidak berhasil, barulah rotan dibenarkan — itu pun dengan syarat:

  • Tidak lebih daripada tiga kali pukulan ringan.
  • Tidak mengenai wajah atau bahagian sensitif.
  • Tidak dilakukan ketika sedang marah.
  • Dilakukan sebagai tanda kasih untuk mendidik, bukan menyakiti.

Rotan bukanlah satu-satunya jalan untuk mendidik. Ada banyak pendekatan lain yang lebih penuh kasih sayang:

1. Natural consequence – Biarkan anak merasai akibat daripada tindakannya. Jika menumpahkan air, biarkan dia lap sendiri. Jika campak mainan, biar dia kutip semula.

2. Time-out dengan kasih – Bukan mengasingkan sepenuhnya, tetapi beri ruang untuk anak bertenang, duduk sekejap di sudut, tarik nafas dan belajar kawal emosi.

3. Ambil hak istimewa – Jika anak berdegil, kurangkan akses kepada gajet, TV atau permainan kegemaran buat sementara. Anak akan faham setiap perbuatan ada akibat.

4. Ganjaran positif – Jangan hanya tunggu anak buat salah untuk menghukum. Bila mereka tunjuk sikap baik atau perubahan positif, pujilah mereka.

Kesimpulannya, mendidik anak bukan semata-mata dengan hukuman. Anak belajar bukan kerana takut pada rotan, tetapi kerana rasa disayangi dan dihargai. Ingat bahawa rotan boleh jadi alat mendidik, tetapi hanya apabila digunakan dengan ilmu, hikmah dan penuh kasih sayang.

Baca juga: “Kurang Ajar!”- Tak Puas Hati Ditegur Ponteng PJ, Pelajar Tingkatan 2 Tumbuk Muka Cikgu!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×