Euforia Bola 2026
Famili

Anak Kena Renjatan Elektrik Ketika Main Di Padang Putrajaya, ‘Daging’ Terbakar Sampai Dalam!

RENJATAN ELEKTRIK

Malang tidak berbau, itulah yang dapat dikaitkan dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman Facebook apabila anaknya terkena renjatan elektrik.

Difahamkan, kejadian ini berlaku ketika kedua-dua anaknya sedang bermain di kawasan sekitar. Namun kejadian yang berlaku sekelip mata ini mengakibatkan tangan kanak-kanak itu melecur.

Baca juga: Mualaf Anak Empat Hanya ‘Hidup’ Di Bilik Sewa, Isteri Tersayang Meninggal Awal Ramadan

ANAK KENA RENJATAN ELEKTRIK, TERPAKSA LALUI PEMBEDAHAN

RENJATAN ELEKTRIK

Dia menjelaskan bahawa kakak budak berkenaan hanya mengalami sedikit renjatan elektrik ketika cuba menolong adiknya yang sedang dalam keadaan kejang.

“Dugaan untuk kami sekeluarga. Dugaan besar menimpa keluarga kami apabila kedua-dua anakanda terkena renjatan elektrik di Padang Perbadanan Putrajaya ketika bermain di situ. Kejadian berlaku dalam sekelip mata, walaupun kami berada berdekatan dan memantau mereka.

“Alhamdulillah, kakak hanya terkena sedikit renjatan ketika memegang dan cuba menolong adiknya yang ketika itu dalam keadaan “kejung” akibat renjatan,” jelasnya.

Mereka kemudiannya bergegas untuk mendapatkan rawatan dan keadaan anak Siti Nadia Razalee difahamkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pertama.

Pembedahan plastik turut akan dilakukan untuk mengambil kulit bahagian paha dan ditampal semula di jari yang melecur akibat renjatan eletrik berkenaan.

RENJATAN ELEKTRIK

Si ibu memohon pihak berkuasa memandang serius perkara ini agar tidak berlaku di masa akan datang selain turut meminta doa daripada orang ramai.

“Keadaan adik sekarang stabil selepas menjalani pembedahan pertama. Buat masa ini, dia masih dalam pemantauan rapi di Hospital Putrajaya dan perlu menjalani satu lagi pembedahan plastik. Kemungkinan besar, doktor akan melakukan prosedur pengambilan kulit dari bahagian paha untuk menampal semula jari yang melecur.

Kami sangat berharap pihak Perbadanan Putrajaya mengambil serius aduan yang telah kami kemukakan. Mohon doa agar anakanda kami cepat sembuh dan semoga kami diberi kekuatan untuk menerima ujian Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih-lebih lagi dengan Hari Raya yang semakin hampir. Semoga adik segera pulih,” luahnya.

Baca juga: Tak Mampu Bagi Duit Raya Maka Tak Payah Bagi, Jangan Mengumpat Bila Anak Dapat RM 2!

Sumber: Facebook Siti Nadia Razalee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×