Euforia Bola 2026
Famili

Kena Tendang Belakang Badan & Pinggang Di Sekolah, Ibu Kecewa Anak Trauma Kerana Dibuli!

ANAK KENA BULI

Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook bernama Nurulhuda Saim, dia ada mendedahkan bahawa anak kena buli di sekolah sehingga menyebabkan lebam di bahagian badan.

Jelasnya, lebam di bahagian kaki kiri, lengan, dada, belakang badan dan pipi dikesan sejak 4 Oktober lagi namun tiada sebarang respon daripada cikgu di sekolah.

Baca juga: 23 Cadangan Soalan KENA Tanya Kepada Pengasuh Anak Sebelum Bersetuju, Barulah Hati Lebih Lega

IBU DEDAH ANAK KENA BULI DEKAT SEKOLAH, LEBAM SATU BADAN

ANAK KENA BULI

“Sedih dengan apa yang berlaku, dari 4 Oktober lagi dah perasan kesan lebam dekat kaki kiri,l engan kiri, dada, belakang badan, dan pipi kiri. Ada tanya cikgu, tapi tak respon.

“Hari Jumaat minggu lepas, balik sekolah kebangsaan adik nampak letih. Selepas Solat Jumaat dia terus tidur sampai saya balik kerja. Malam itu saya pergi urut adik nak ikut.

“Esoknya hari Sabtu adik ada perlawanan bola sepak. Adik tetap pergi tapi pagi itu dia macam nak demam dan letih. Ayah dia bagi tahu, dia tak nak makan. Saya tak ikut ada program lain,” katanya.

Tambah si ibu pada sebelah petang, anak lelakinya itu menunjukkan sikap pelik di mana dia mahu mengikut ayahnya kerja dan tidak seperti biasa.

“Petang itu ayah dia pergi kerja dia nak ikut. Saya pelik sebab sebelum ini dia tak suka ikut kalau diajak kemana-mana. Dia rela main bola dengan kawan-kawan dia. Malam itu ayah dia belikan nasi dan tomyam, makan nasi separuh sahaja. Selepas makan rasa nak muntah.

“Jumaat malam sabtu, waktu saya tengah tidur dia kejutkan saya untuk urut pinggang dia. Dia mengadu sakit. Bila lega sikit dia tidur semula,” ujarnya.

Tanpa membuang masa, si ibu bertindak untuk membuat laporan polis dan membawa anak lelakinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil pemeriksaan dilakukan oleh doktor mendapati bahawa buah pinggang anaknya itu mempunyai cebisan darah.

Pada hari Selasa, ibu tekad untuk ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar untuk mengetahui hal sebenar. Si anak memberitahu bahawa sewaktu rehat pada hari Jumaat, pembuli mengajaknya ke belakang kantin sekolah lalu menarik rambut, menendang belakang badan dan pinggangnya.

“Saya tak akan berdiam diri. Anak saya tak lawan balik, dia bagitahu kalau lawan dia tumbuk semula. Bukan saya tak tanya dari awal lagi. Adik jawab kena meja, jatuh main bola. Dia tak berterus terang dengan saya kerana mungkin takut. 

“Saya sangat terkilan,terkesan dan sedih kerana anak saya kena buli. Sekarang die trauma, takut nak keluar rumah ,takut nak pergi sekolah. Doakan anak saya adik Muhammad Izz Naufal Qayyim bin Mohd Faizal terbela dan berpihak pada dia,” luah si ibu.

Baca juga: Cara Mudah Daftar TH Khairat, Perlindungan Sebanyak RM12,000 Jika Kematian & Hilang Upaya

Sumber: Facebook Nurulhuda Saim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×