Penyanyi terkenal, Ning Baizura, baru-baru ini mendedahkan bahawa anak tunggalnya, Ryan Sky Dalton, 12 tahun, pernah menjadi mangsa buli di sekolah.
Nampaknya, anak kepada seorang penyanyi terkenal pun boleh terpalit dengan kes buli di sekolah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak zaman sekarang.
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!
ANAK NING BAIZURA DIBULI, DIEJEK ‘JENDUL’!

IG @ningdalton: Foto bersama keluarga.
Menurut Ning, kejadian itu memberi tamparan emosi buatnya sebagai ibu, apatah lagi apabila buli yang berlaku bukan sekadar fizikal, tetapi turut melibatkan ejekan dalam talian (buli siber).
“Anak saya pernah diejek oleh rakan sekelas yang memperlekehkan fizikalnya. Mereka memanggil dahi Sky ‘jendul’ dan ada juga yang menghina keluarga kami. Sebagai seorang ibu, saya sangat sedih. Tapi saya tak biarkan perkara itu berlarutan,” jelasnya.
Penyanyi lagu ikonik Awan Yang Terpilu itu mengambil langkah pantas dengan bersemuka sendiri bersama keluarga pelajar terbabit.
Apa yang dilakukan Ning adalah, dia terus menghubungi dan bertemu ibu bapa si pelaku. Malah, Ning juga menunjukkan segala bukti perbualan yang dia sendiri simpan melalui tangkap layar.
“Pada saya, komunikasi matang antara keluarga sangat penting untuk selesaikan isu begini,” katanya.
Ning turut meluahkan rasa syukur kerana masalah itu dapat diselesaikan secara baik dan tidak berpanjangan. Anaknya kini tidak lagi menjadi mangsa buli dan hubungan Sky dengan pelajar tersebut masih baik, walaupun tidak serapat dahulu.

Foto: Ning Baizura
Sebagai info, Ning mendirikan rumah tangga dengan Omar Shariff Christopher Layton Dalton pada tahun 2008, dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini mula meniti alam remaja.
Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
Sumber: Harian Metro
