Euforia Bola 2026
Famili

“Takut Kehilangan Dia” – Buah Pinggang Hanya Tinggal Sebelah, Ibu Cemas Bila Anak Seharian Tak Minum Air

KANSER BUAH PINGGANG

Perkongsian seorang ibu di media sosial mengundang perhatian ramai apabila beliau meluahkan kebimbangan mendalam terhadap keadaan kesihatan anaknya yang menghidap kanser buah pinggang.

Menurut ibu yang dikenali sebagai Syfqh, anaknya sebelum ini telah menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri akibat kanser, manakala buah pinggang kanan yang tinggal kini berada dalam keadaan semakin merosot.

Baca juga: Ini 5 Negara Yang Dah Berjaya Laksana Pendidikan Kanak-Kanak Seawal 6 Tahun, Relevan & Boleh Jadi Contoh!

ANAK HIDAP KANSER BUAH PINGGANG, LUAHAN IBU BUAT RAMAI SEBAK

KANSER BUAH PINGGANG

Keadaan tersebut menyebabkan si anak perlu menjaga pengambilan air masak dengan sangat teliti bagi memastikan fungsi buah pinggang dapat dikekalkan.

Bagaimanapun, Syfqh hanya menyedari pada pagi kejadian bahawa anaknya tidak minum air masak sepanjang hari sebelumnya selepas botol air milik anaknya hilang. Situasi itu mencetuskan perasaan cemas dan takut, apatah lagi memandangkan pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk kesihatan buah pinggang anaknya.

“Dia kanser buah pinggang. Buah pinggang belah kiri dah buang, tinggal belah kanan sahaja. Belah kanan pun dah merosot. Pagi ni baru tahu, satu hari semalam tak minum air masak sebab botol air hilang .

Dia perlu minum air masak banyak untuk buah pinggang dia. Pagi ni bising, marah-marah dia teruk time dia nak pegi sekolah. sebab kita lebih pada takut dan kecewa kalau apa-apa jadi pada dia,” luah si ibu.

KANSER BUAH PINGGANG

Freepik

Akibat terlalu risau dan dibelenggu perasaan kecewa, Syfqh mengakui dia telah meninggikan suara dan memarahi anaknya ketika anak tersebut bersiap untuk ke sekolah. Tindakan itu bukanlah didorong oleh kemarahan semata-mata, sebaliknya lahir daripada rasa takut kehilangan dan kebimbangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada anaknya.

Luahan itu turut menggambarkan tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang menjaga anak dengan masalah kesihatan kronik, di mana setiap perkara kecil boleh memberi kesan besar terhadap keadaan anak.

Perkongsian Syfqh menjadi peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya sokongan emosi dan kefahaman terhadap cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang menjaga anak sakit, selain keperluan untuk sentiasa peka terhadap keperluan asas kesihatan kanak-kanak.

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tak Tahu! Cara Letak Tag Nama Dalam Group WhatsApp Kelas Anak, Cikgu Lebih Mudah Kenal

Sumber: Syfqh.abdllh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×