Euforia Bola 2026
Asuh

Fatima Baru 6 Tahun Dah Ada Hermes? Anak Fazura Curi Perhatian Dengan Beg Mewah Dari Butik Eksklusif

ANAK FAZURA

Perkongsian seorang pengguna di Threads menjadi bualan ramai selepas memuat naik video yang memaparkan anak Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya, bersama sebuah beg tangan mewah.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa beg yang dimiliki oleh kanak-kanak itu merupakan daripada jenama fesyen antarabangsa Hermès, khususnya model Hermès Kelly yang cukup dikenali dalam kalangan penggemar barangan eksklusif.

Baca juga: Baru Sambut ‘Birthday’, Tak Sangka Itu Video Terakhir… Isteri Pergi Selamanya Pada Hari Lahir Anak Sulung

ANAK FAZURA, FATIMA MILIKI BEG TANGAN HERMES KELLY

ANAK FAZURA

Menurutnya lagi, beg tersebut bukan sekadar barangan biasa kerana ia dikatakan diperoleh terus daripada butik rasmi jenama berkenaan.

Malah, beliau turut memberi bayangan bahawa bukan semua pelanggan berpeluang mendapatkan akses untuk membeli model tersebut dengan mudah.

Difahamkan, pembelian beg jenis ini sering dikaitkan dengan pelanggan terpilih serta hubungan baik dengan pihak jenama, selain memerlukan sejarah pembelian yang konsisten.

Dalam masa sama, kenyataan itu turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang melihatnya sebagai simbol gaya hidup mewah, manakala sebahagian lain pula lebih tertarik dengan cara didikan yang diterapkan oleh Fazura terhadap anaknya.

ANAK FAZURA

Meninjau ke ruangan komen, ramai memuji sikap pelakon itu yang dilihat sering mengingatkan anaknya untuk sentiasa bersyukur atas setiap rezeki yang dimiliki.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum terhadap cara mereka menjalani kehidupan, meskipun sering menjadi perhatian dan kritikan segelintir pihak.

Perkongsian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang akses kepada barangan mewah serta persepsi masyarakat terhadap gaya hidup selebriti, dalam masa yang sama menonjolkan sisi peribadi seorang ibu dalam membesarkan anak di tengah perhatian umum.

Baca juga: Burung, Anjing Setia Mengiringi Lelaki Pembawa Rezeki Setiap Pagi, Undang Perhatian Warganet

Sumber:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×