Euforia Bola 2026
Famili

Tarikh Hari Raya Aidiladha Bakal Ditentukan, Cerapan Anak Bulan Zulhijah Dibuat 17 Mei (Ahad)

ANAK BULAN ZULHIJAH

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah tahun 1447 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan sebanyak 29 tempat cerapan di seluruh negara akan digunakan bagi melihat anak bulan Zulhijah pada petang tersebut.

Baca juga: Kanak-Kanak 6 Tahun Alami Detik Cemas! Mata Kanan Cedera Akibat Tertusuk Besi Kusyen Kereta

TARIKH LIHAT ANAK BULAN ZULHIJAH 17 MEI INI

ANAK BULAN ZULHIJAH

Pengisytiharan tarikh tersebut akan dilakukan bagi menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Bagi tujuan cerapan anak bulan, sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah ditetapkan. Antara lokasi terlibat termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Kompleks Falak Al-Khawarizmi serta Balai Cerap Negeri Sembilan.

Di Selangor pula, lokasi cerapan melibatkan Bukit Melawati, Bukit Jugra dan Sabak Bernam. Selain itu, cerapan turut dijalankan di beberapa negeri lain termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

ANAK BULAN ZULHIJAH

Lokasi lain yang turut terlibat ialah Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain.

Tarikh rasmi awal Zulhijah dijangka diumumkan pada malam yang sama menerusi siaran radio dan televisyen tempatan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Baca juga: Murid Tahun 5 Cedera Jatuh Dari Tingkat Satu Sekolah, Dipercayai Nak Ambil Kasut Dibaling Rakan

Sumber: Berita RTM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×