Euforia Bola 2026
Nur

‘Checklist’ Amalan Sepanjang 10 Hari Terawal Bulan Zulhijah, Jangan Ada Yang Tertinggal…Rugi!

amalan bulan zulhijah

Amalan bulan Zulhijah bukan sekadar tertumpu kepada ibadah korban semata-mata, malah turut merangkumi puasa sunat, takbir, doa serta pelbagai amal soleh yang lain.

Perkongsian daripada Wadi Annuar di Facebook tampil mengingatkan orang ramai tentang amalan-amalan penting yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari terawal Zulhijah.

Baca juga: Trend Wanita Pakai Jam Tangan Emas 916 Untuk Nampak Cantik & Eksklusif, Tak Berdosa Ke?

CHECKLIST AMALAN BULAN ZULHIJAH UNTUK DILAKUKAN

AMALAN BULAN ZULHIJAH

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh ini (iaitu 10 awal Zulhijah).” Riwayat al-Bukhari

Berikut merupakan checklist amalan Zulhijah yang boleh dijadikan panduan buat umat Islam.

1 Zulhijah (18 Mei 2026)

Bagi mereka yang berniat untuk melakukan ibadah korban, disunatkan agar tidak memotong kuku dan bulu sebaik sahaja masuk 1 Zulhijah.

Larangan tersebut berterusan sehingga haiwan korban disembelih pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijah. Amalan ini dilakukan sebagai tanda menghormati ibadah korban dan mengambil keberkatan bulan yang mulia ini.

1 Hingga 8 Zulhijah (18 – 25 Mei 2026)

Sepanjang tempoh ini, umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat serta memperbanyakkan amal ibadah.

Antara amalan yang boleh dilakukan termasuk:

  • Memperbanyakkan zikir
  • Bersedekah
  • Solat sunat
  • Membaca al-Quran
  • Beristighfar dan bertaubat

10 hari pertama Zulhijah dianggap sebagai antara waktu terbaik untuk mengumpul pahala dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

9 Zulhijah – Hari Arafah (26 Mei 2026)

Hari Arafah merupakan hari yang sangat istimewa, khususnya bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji.

Antara amalan utama pada hari tersebut ialah berpuasa sunat Arafah.

Ganjaran puasa Arafah sangat besar sebagaimana disebut dalam hadis Nabi SAW, iaitu pengampunan dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berdoa, bertakbir, berzikir serta beristighfar. Hari Arafah juga termasuk antara waktu yang mustajab untuk berdoa.

AMALAN BULAN ZULHIJAH

10 Zulhijah – Hari Raya Aidiladha (27 Mei 2026)

Pada hari raya Aidiladha, umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha serta melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk terus bertakbir sebagai tanda mengagungkan Allah SWT.

Ibadah korban bukan sahaja simbol ketaatan kepada Allah, malah menjadi lambang pengorbanan dan keikhlasan dalam kehidupan seorang Muslim.

11 Hingga 13 Zulhijah – Hari Tasyrik (28 – 30 Mei 2026)

Hari Tasyrik merupakan hari sambutan Aidiladha yang turut mempunyai beberapa amalan khusus.

Pada hari-hari ini:

  • Masih boleh melakukan ibadah korban
  • Dilarang berpuasa
  • Digalakkan untuk terus bertakbir

Bulan Zulhijah adalah peluang terbaik untuk meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Semoga checklist yang dikongsikan ini dapat membantu umat Islam memanfaatkan sepenuhnya hari-hari yang penuh keberkatan ini.

Baca juga: Jadual Puasa Sunat Zulhijjah 2026 (1447H), Tarikh Penting Termasuk Hari Arafah & Hari Dilarang Puasa

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×