Euforia Bola 2026
Asuh

Terlintas Fikiran Nak Berhentikan Anak Dari Sekolah, Perkongsian Ibu Ini Timbul Kontroversi Ramai Orang!

anak berhenti sekolah

Di dalam ramai orang yang berkejar keras untuk memastikan anak mereka dapat pendidikan di sekolah, ada pula segelintir ibu bapa yang mahukan anak berhenti sekolah. Kebelakangan ini, tular satu hantaran berbentuk persoalan memberhentikan anak daripada bersekolah telah menjadi buah mulut warga maya di media sosial.

Mana tidaknya, hantaran berbaur kontroversi itu secara tidak langsung telah membuka ruang kepada segelintir warga maya yang menyokong tindakan memberhentikan persekolahan anak untuk menyebarkan ideologi tersebut.

Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!

ANAK BERHENTI SEKOLAH

anak berhenti sekolah

Gambar: Tangkap layar dari Page Ajar

Melalui tangkap layar yang dikongsikan Facebook page Ajar, ayat yang ditulis pada hantaran tersebut berbunyi:

“Patutkah berhenti kan anak bersekolah???”

Dapat dilihat medan komen yang ditangkap layar itu, dipenuhi dengan fahaman ibu bapa yang bersetuju dengan tindakan tersebut. Selain itu, kebanyakan mereka juga lebih memilih untuk mementingkan ilmu agama sahaja.

Topik hangat ini telah menarik page Ajar untuk menyatakan pandangannya, tentang kepentingan ilmu dunia dan ilmu agama.

Baca juga: Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

Nak suruh anak berhenti sekolah?

anak berhenti sekolah

Gambar: Tangkap layar dari Page Ajar

Nak suruh anak berhenti sekolah?

Pelik-pelik dah bila tengok media sosial sekarang. Terbaru ada pula ibu bapa beramai-ramai nak keluarkan anak dari sekolah.

Antara alasannya (menurut komen):

  1. Taknak anak belajar ‘ilmu dunia’. Ilmu dunia tak penting, kita dah akhir zaman.
  2. Suruh anak pergi sekolah bila ada peperiksaan sahaja untuk dapat sijil SPM. Hari lain tak payah.
  3. Beli buku dekat shopee je. Jimat!

Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

Ilmu dunia dan ilmu agama kedua-duanya penting

Sedangkan, kita nak generasi baru yang dilengkapi ilmu dunia dan ilmu agama untuk tolong selesaikan masalah dunia dan masalah masyarakat.

Sebenarnya menuntut ilmu dunia juga suruhan agama. Ulama zaman dulu belajar sains dan matematik. Ilmu dunia juga ulama guna untuk bantu selesaikan isu dalam agama.

Contohnya, penentuan kiblat dan masuk waktu solat. Zaman sekarang, lagilah banyak masalah yang perlukan generasi bijak ilmu agama dan ilmu dunia.

Dan banyak lagi alasan lain. Penat sungguh bila baca. Parah dah.

Kalau berhentikan anak-anak tapi sediakan alternatif seperti homeschooling yang lengkap dan ada modul tersusun okey lagi. Jadi masalah kalau berhentikan anak, tapi biar anak duduk rumah dan main henset je (harapnya taklah).

Bacalah lagi alasan lain..

berhenti sekolah

Gambar: Tangkap layar dari Page Ajar

berhenti sekolah

Gambar: Tangkap layar dari Page Ajar

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

Hak kanak-kanak di Malaysia 

Memetik laporan Berita Harian, dari segi hak asasi, Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada 17 Februari 1995 yang antara lain menggariskan mengenai hak pendidikan bagi kanak-kanak.

Di mana, hak kanak-kanak dibahagikan kepada empat kategori iaitu hak kepada kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan.

Dalam hal ini, ibu bapa dan penjagalah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk mempertahankan hak kanak-kanak, termasuk memberikan pendidikan kepada mereka.

Pendidikan formal di sekolah adalah salah satu cara untuk menunaikan hak kanak-kanak itu.

Pendidikan di sekolah ini pula tidak hanya menumpukan perkembangan akademik, tetapi turut mencakupi pembangunan aspek lain yang lebih luas iaitu kemahiran insaniah, seperti personaliti, bakat, serta keupayaan mental dan fizikal.

Pada tahun 2002, pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.

Baca juga: Cikgu…Ini 11 Cara Atasi Murid Mengantuk Dalam Kelas, Terus Segar Mata!

Sumber: Ajar

FT Image: Ajar / Pa&Ma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×