Euforia Bola 2026
Famili

Anak Bongsu Zaquan Adha & Ayu Raudah Selamat Dikebumikan, Suasana Sayu Iring Pemergian…

anak ayu raudhah

Semalam kita dikejutkan dengan berita menyayat hati bahawa anak Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, telah meninggal dunia.

Bayi berusia enam bulan ini merupakan anak bongsu mereka dan dilaporkan pergi pada kira-kira jam 1 petang Selasa, 11 Februari 2025.

Baca juga: Anak Bongsu Ayu Raudhah & Zaquan Adha Usia 6 Bulan Meninggal Dunia

ANAK AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA SELAMAT DIKEBUMIKAN…

anak ayu raudhah

Tangkap layar Buletin TV3.

Menurut laporan, Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur dan kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang, apabila Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya dalam keadaan tidak sedar.

Dalam satu laporan Buletin TV3 tengah malam semalam, suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau apabila ahli keluarga dan rakan terdekat, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir memberi sokongan moral kepada Zaquan dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah.

“Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri. InsyaAllah, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban,” luah Zaquan Adha dalam nada sebak.

Terbaharu, jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi tadi. Ternyata, ini merupakan pandangan dan ciuman terakhir diberikan oleh Zaquan Adha kepada anak syurganya itu.

*Salam takziah diucapkan…

Baca juga: “Nak Bercuti Ada Syarat!”- Zaquan Adha Siap Bagi Taklimat Dekat 7 Orang Anak, Netizen Terhibur & Puji

Sumber: Buletin TV3, X @kamalnizamm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×